University College Sabah Foundation
Seiring dengan pembangunan negeri Sabah ke arah sebuah negeri maju, pengajian tinggi menjadi fokus utama dalam pemerkasaan insan. Penubuhan Universiti College Sabah Foundation (UCSF) merupakan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam meluaskan peranannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan masyarakat. UCSF sebagai “Universiti Hijau”, dengan Konsep dan Falsafah Hijau yang unik, percaya bahawa generasi akan datang perlu dibimbing dengan pemahaman yang mendalam lagi luas mengenai isu-isu kompleks yang saling berkait dan mencabar kita, untuk memperkasakan lagi komitmen ke arah pembangunan lestari sebagai suatu realiti dalam kehidupan mereka, termasuklah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainability Development Goals (SDG)).
UCSF menawarkan pelbagai program akademik dan kemahiran yang relevan kepada kemajuan sosioekonomi dan budaya Sabah serta Malaysia. Sebanyak 14 program ditawarkan di bawah empat fakulti; Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan, Fakulti Seni dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains dan Kelestarian Semula Jadi dan Fakulti Pembangunan dan Pengajian Kepelbagaian Budaya. Ia juga turut disokong oleh Institute Borneo Studies (IBS), Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD), Teaching and Learning Factory (TLF) dan Galeri Seni (Nature Arts Inspiration Gallery).
Pendidikan yang dianjurkan di UCSF adalah menarik, relevan dan kontemporari. Memperkasakan para mahasiswa/i dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang bersifat mendalam lagi luas berpaksikan abad ke-21. Mereka akan mempelajari cara-cara untuk mentafsir maklumat dan menjana naratif secara aktif sebagai seorang warga global yang altruistik, lengkap dengan pengetahuan silang disiplin untuk menjadi seorang yang kreatif, profesional dan serba boleh.
Pendekatan pengajaran di UCSF adalah kontemporari dengan menggabungkan
blended learning dan model-model pembelajaran baharu melalui pengalaman bagi memenuhi keperluan golongan belia yang celik teknologi. Bengkel dan latihan yang dianjurkan turut melibatkan rakan institusi dan industri serta golongan profesional.
Lokasi yang strategik di Sembulan dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, UCSF menawarkan persekitaran dan suasana kampus yang kondusif dan moden dengan kemudahan pembelajaran yang serasi serta kemudahan asrama yang terletak bersebelahan dengan kampus utama.
UCSF berhasrat untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi butik yang menawarkan program-program pengajian dan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kelestarian sumber-sumber asli di Sabah, kepelbagaian budaya dan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ucsf.edu.my atau laman Facebook
www.facebook.com/ucsfmalaysia.