Sosial
Matlamat program sosial Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negeri ini. Sabah adalah sebuah negeri sedang membangun yang memerlukan rakyatnya mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kapasiti bagi menghadapi cabaran pembangunan dan globalisasi. Pelbagai jenis program dilaksanakan dalam memastikan pembangunan modal insan yang seimbang, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan keusahawanan.