Agroperladangan
Sektor agroperladangan merupakan salah satu perniagaan teras dan sumber pendapatan utama Kumpulan Yayasan Sabah. Penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dalam sektor agroperladangan adalah melalui beberapa anak syarikat perladangan seperti Benta Wawasan Sdn. Bhd., Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Samel Plantation Sdn. Bhd., Hap Seng Plantations Holding Berhad (melalui pegangan saham dalam Hap Seng Consolidated Berhad) dan beberapa syarikat usaha sama lain di bawah Silam Forest Products Sdn. Bhd. dan Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. dengan jumlah keluasan yang ditanam melebihi 100,000 hektar.

ICSB juga membuat pelaburan dalam Hap Seng Consolidated Berhad yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit sebagai perniagaan utama melalui Hap Seng Plantation Holding Bhd, sebuah syarikat awam tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dengan keluasan tanaman seluas 35,000 hektar.

Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB), terlibat dalam industri perladangan sawit di Tawau. Syarikat ini memulakan penanaman pertamanya pada tahun 2005.

Jumlah keluasan kawasan penanaman sawit matang setakat ini adalah seluas 24,856.85 hektar dengan purata profil umur daripada 12 hingga 20 tahun. Semua estet dinamakan sempena spesies pokok berharga di Malaysia seperti Agathis, Belian, Binuang, Kapur, Ramin, Selangan Batu, Gaharu, Keruing, Menggaris, Merbau dan Seraya.

Kilang Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO) Seraya merupakan kilang CPO pertama BWSB yang telah mula beroperasi secara rasmi sejak 1 Januari 2014. Kilang ini mempunyai keupayaan mengendalikan 90 tan metrik Buah Tandan Segar (FFB) sejam.

Sehingga 31 Disember 2024, pengeluaran FFB syarikat ialah 334,959.27 tan metrik.

Benta Edible Oil Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Benta Wawasan Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 10 Mei 2019 bagi menceburi perniagaan hiliran dengan mengusahakan kilang pembungkusan minyak masak untuk dipasarkan. Kapasiti penuh kilang pembungkusan minyak ini ialah 1,800 tan metrik sebulan. Minyak masak yang dikeluarkan merupakan olein yang bermutu tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bentawawasan.com.my

Sabah Softwoods Berhad (SSB), ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai syarikat usaha sama yang dimiliki 70 peratus oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Industri perladangan kayu dan kelapa sawit merupakan aktiviti utama syarikat ini. Manakala dalam aktiviti hiliran, SSB mengusahakan kilang minyak kelapa sawit dan operasi kilang serpai. Dengan kawasan seluas 60,600 hektar di Tawau iaitu di Brumas (41,500 hektar) dan Kalabakan (19,100 hektar), SSB mengusahakan industri perladangan kayu dan kelapa sawit bagi membuka peluang perniagaan komersial yang berdaya saing.

Pada masa ini, lebih kurang 24,333 hektar tanah milik SSB telah ditanam dengan kelapa sawit. Kawasan ladang kelapa sawit telah dianugerahkan pensijilan Kelestarian Minyak Sawit Malaysia (MSPO) pada tahun 2016. Piawaian ini memberi pengiktirafan kepada keperluan pengeluaran yang mampan di sepanjang rangkaian bekalan dengan tumpuan menambah baik dan mengekalkan standard operasi. Dengan pensijilan MSPO, sektor kelapa sawit SSB telah mencapai keperluan dan jangkaan pasaran berasaskan komitmen syarikat untuk menghasilkan produk yang mapan.

Kilang Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO) Dumpas merupakan kilang CPO pertama SSB. Kilang ini mempunyai keupayaan mengendalikan 60 tan metrik Buah Tandan Segar (FFB) sejam. Kilang kedua SSB iaitu CPO Kapilit telah memulakan operasinya pada bulan Jun 2010 dengan keupayaan pemprosesan kapasiti 90 tan metrik sejam.

Kompleks Kilang Kapilit terus memperbaiki keupayaan dengan menambah Dried Long Fibre Plant dan mewujudkan loji biogas dengan kapasiti 1MW, yang boleh dikembangkan kemampuannya kepada 3MW. Kilang tersebut telah mencapai kesemua keperluan perlesenan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

SSB merupakan syarikat perladangan kayu industri terbesar di Malaysia dengan pensijilan Forest Stewardship Council (FSC) dengan kawasan seluas 24,173 hektar. Pensijilan FSC yang diiktiraf seluruh dunia adalah bukti ke atas amalan pengurusan yang baik seperti perlindungan alam sekitar, usaha-usaha memulihara hutan yang berharga dan menjaga kebajikan sosioekonomi pekerja dan komuniti tempatan secara jangka panjang.

Kilang Serpai SSB mula beroperasi pada tahun 1998 dan aktiviti ini telah menjadikan SSB sebagai salah satu pembekal utama kayu serpai dari Malaysia. Kapasiti kilang ialah 100,000 Bone Dry Metric Tonne setahun. Kilang serpai ini telah dianugerahkan pensijilan Chain-of-Custody bagi pengilangan produk kayu serpai spesies Acacia mangium dengan jaminan pengeluaran produk yang diiktiraf dengan pensijilan FSC.

SSB menyokong dan mengamalkan tanggungjawab sosial korporatnya dengan dana berjumlah RM218 juta telah dibelanjakan semenjak 2005 bagi kemudahan perumahan dan infrastruktur. Sebagai pengiktirafan kepada usaha SSB, Ladang Cenderamata telah menerima Anugerah Ladang Bahagia di peringkat kebangsaan untuk tahun 2009 manakala Ladang Brumas turut menerima anugerah yang sama pada tahun 2011. SSB juga menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Sektor Perhutanan) untuk Penanaman Pokok Zon A dan Zon B, Brumas masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.

Pada 2019, SSB melalui Estet Dumpas menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Sektor Pertanian), Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Sabah, Anugerah Pencapaian Terunggul Sabah (Kecemerlangan Industri dalam Perhutanan dan Agro).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.softwoods.com.my

Innoprise Plantations Berhad (IPB) disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 3 Julai 1996. Melalui anak syarikat milik penuhnya, Serijaya Industri Sdn. Bhd., IPB telah membangunkan 22,763 hektar tanah perhutanan agro yang terletak di Luasong, Tawau sebagai ladang kelapa sawit.

Berpegang kepada keperluan model pembangunan mapan alam sekitar yang ketat, di mana kawasan curam melebihi 20 darjah serta rizab riparian tidak disentuh sebagai jaminan kepada kawasan pemuliharaan biodiversitinya, hanya 12,602 hektar kawasan boleh tanam untuk tujuan ini.

Kawasan seluas 12,246 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit dan telah matang.

Syarikat ini juga telah memulakan operasi kilang minyak mentah Kelapa Sawit (CPO) untuk pengeluaran 60 tan metrik Buah Tandan Segar (FFB) sejam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.innoprise.com.my

SAMEL Plantation Sdn. Bhd., merupakan usaha sama di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka melalui subsidiari milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah iaitu B.W. Plantation Sdn. Bhd. Setakat ini, syarikat ini telah membangunkan 2,192 hektar ladang kelapa sawit di Tawau.

Hap Seng Plantations Holdings Berhad (HSPHB) merupakan syarikat awam tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia yang menjalankan enam perniagaan teras iaitu perladangan, hartanah, pembiayaan kredit, automotif, perdagangan dan bahan binaan. Pelaburan dalam HSCB dibuat melalui suntikan ekuiti ICSB dalam Hap Seng Plantations Holding Bhd (HSHBB) dan pembelian tambahan saham HSPHB.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hapsengplantations.com.my
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 326 625
(Kewangan ICSB)
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA