MINYAK, GAS DAN TENAGA

Kumpulan Yayasan Sabah telah mempelbagaikan pelaburannya ke dalam sektor Minyak, Gas dan Tenaga.

Shell Timur Sdn. Bhd.

Shell Timur Sdn. Bhd. (STSB) ditubuhkan pada Januari 1984 sebagai Shell Marketing Company Borneo Limited. Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai 15 peratus ekuiti dalam STSB.

Aktiviti utama syarikat ialah memasarkan produk petroleum untuk Shell di Sabah (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) dan Sarawak. Ia mengendalikan 11 buah pangkalan petroleum dan menguruskan 166 buah stesen minyak runcit di kedua-dua negeri tersebut.

NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd.

NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 18 September 2006 sebagai salah sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah. Syarikat ini menyertai usaha sama dengan PETRONAS Gas Berhad (PGB) untuk menubuhkan Kimanis Power (Dua) Sdn. Bhd. bagi membangunkan dan mengendalikan Kimanis Power Plant, sebuah loji jana kuasa kitaran gas 300MW di Kimanis, Sabah.

KPSB ditubuhkan pada 22 Disember 2008 dengan pegangan saham sebanyak 60 peratus daripada PGB dan 40 peratus daripada NRG. KPSB memiliki Loji Jana kuasa Kimanis, yang dimiliki sepenuhnya pada 7 November 2014 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

NRG dan PG Energia Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh PGB) menjalin usaha sama untuk membangunkan Loji Kuasa Puncak Berasaskan Gas 100 megawatt baharu yang terletak di Kimanis, Sabah.

Petrosabah Sdn. Bhd.

Petrosabah Sdn. Bhd. (PSSB) telah diperbadankan pada 26 Januari 2016. PSSB bertujuan untuk menerajui syarikat-syarikat subsidiari minyak, gas dan tenaga boleh diperbaharui Kumpulan Yayasan Sabah. PSSB telah menjalin pelbagai kerjasama usaha sama dengan beberapa pihak untuk membangunkan pelbagai loji jana kuasa hidro mini yang terletak di Bengkoka, Kudat, Telekosang, Tenom dan Ulu Padas, Sipitang, dengan gabungan kapasiti penjanaan sekitar 230MW. PSSB juga dalam proses menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak untuk membangunkan beberapa projek tenaga solar di Pantai Timur Sabah. Semua usaha niaga ini dijangkakan akan menjadi penyumbang pendapatan yang mampan untuk Kumpulan Yayasan Sabah.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA