Pencapaian
- 1965-1969
- 1970-1974
- 1975-1979
- 1980-1984
- 1985-1989
- 1990-1994
- 1995-1999
- 2000-2004
- 2005-2009
- 2010-2014
- 2015-2019
- 2020 dan Seterusnya
1965-1969
1965 |
9 November 1965 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mencadangkan penubuhan Yayasan Sabah di panggung wayang lama, Mesapol, Sipitang. 30 November 1965 Draf rang undang-undang telah disediakan dan dibahas di Jawatankuasa Eksekutif Parti Perikatan Sabah sebelum dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah. 3 Disember 1965 Draf rang undang-undang itu diterbitkan di siaran akhbar tempatan untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai. 16 Disember 1965 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun menjemput Datuk Profesor Zainal Abidin bin Abdul Wahid, pensyarah daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya untuk membuat kajian mengenai sistem pendidikan di Sabah. 19 December 1965 Datuk Profesor Zainal Abidin bin Abdul Wahid memulakan kajian mengenai sistem pendidikan di Sabah. 22 Disember 1965 Datuk Profesor Zainal Abidin bin Abdul Wahid mengemukakan laporannya mengenai cadangan peranan Yayasan Sabah dalam meningkatkan tahap pendidikan di Sabah. |
1966 |
13 Januari 1966 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mendedahkan hasil kajian bersama dengan perancangan masa depan Yayasan Sabah. 22 April 1966 Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Peter Lo Su Yin mengemukakan Rang Undang-Undang Yayasan Sabah ke Dewan Undangan Negeri Sabah. 26 April 1966 Majlis Perundangan Sabah meluluskan Rang Undang-Undang Yayasan Sabah 1966. 10 Mei 1966 Penubuhan Yayasan Sabah melalui Enakmen Yayasan Sabah No.8, 1966 di Dewan Undangan Negeri Sabah. 8 Ogos 1966 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang pertama. |
1967 |
1967 Pejabat Yayasan Sabah yang pertama di 81/83 Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Pejabat ini kini digunakan oleh RHB Bank, Cawangan Kota Kinabalu. 1967 Pelaksanaan Program Biasiswa Tempatan untuk pelajar sekolah menengah di Sabah. 25 November 1967 Tan Sri Syed Kechik bin Syed Mohamed Al-Bukhary dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah yang pertama. |
1968 |
29 Januari 1968 Kumpulan pertama 116 pelajar tajaan Yayasan Sabah dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk pendidikan menengah. 1968 Pelaksanaan program biasiswa dan pinjaman pendidikan tinggi. |
1969 |
1969 Rundingan bagi pihak Kerajaan Negeri untuk menuntut semula 5,700 batu persegi konsesi balak dari syarikat konsesi dalam dan luar negara yang telah diberikan oleh Kerajaan Kolonial British sebelum ini. 1969 Encik Theodore Douglas Alexander Lind, Encik Abdul Ghani Mandar dan Puan Hasnah Harvey adalah pelajar pertama yang ditaja Yayasan Sabah untuk pengajian tinggi luar negara. |
1970-1974
1970 |
5 September 1970 Penubuhan tiga syarikat yang dimiliki oleh Yayasan Sabah, iaitu Rakyat Bersatu Sdn. Bhd., Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. dan Sabah Berjaya Sdn. Bhd. 28 Disember 1970 Kerajaan Negeri memberikan Yayasan Sabah kawasan pembalakan seluas 3,300 batu persegi melalui Perjanjian Lesen untuk pembalakan. |
1971 |
Awal 1971 Pelaksanaan program tajaan biasiswa pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia. 18 Januari 1971 Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. diberi hak terhadap 3,300 batu persegi di Labuk- Kinabatangan, Sandakan. 18 Januari 1971 Penubuhan Tabung Amanah untuk menguruskan Amanah Tun Datu Haji Mustapha. 11 Jun 1971 Perolehan MV Kinabalu Satu, kapal pertama Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 3 Ogos 18 September 1971 Pengagihan pertama Amanah Tun Datu Haji Mustapha. |
1972 |
Januari 1972 Asrama Yayasan Sabah di Tenom siap dibina. 28 Februari 1972 Penubuhan Yasa Nanzai Shipping Company Limited. 10 Mac 1972 Perolehan MV Kinabalu Dua, kapal kedua Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. April 1972 Asrama Yayasan Sabah di Tambunan siap dibina. Mei 1972 Asrama Yayasan Sabah di Tawau siap dibina. 14 Mei 1972 Perolehan MV Kinabalu Tiga, kapal ketiga Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 11 September 1972 Perolehan MV Kinabalu Lima, kapal keempat Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 14 September 1972 Perolehan MV Kinabalu Enam, kapal kelima Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 22 November 1972 Perolehan MV Kinabalu Tujoh, kapal keenam Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 1972 Pejabat Yayasan Sabah cawangan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi. |
1973 |
Julai 1973 Pengambilan pelajar pertama di Yayasan Sabah-Institiut Teknologi MARA (YS-ITM). 17 Ogos 1973 Majlis Perasmian Kampus Yayasan Sabah-Institiut Teknologi MARA (YS-ITM) dan Bangunan Asrama Yayasan Sabah di Kota Kinabalu oleh Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun. 1 Ogos 25 September 1973 Pengagihan kedua Amanah Tun Datu Haji Mustapha. 1973 Asrama Yayasan Sabah di Beaufort, Beluran dan Sandakan siap dibina. |
1974 |
1974 Penubuhan pejabat cawangan Yayasan Sabah di Melaka, Kedah dan Terengganu. 3 Jun 1974 Majlis menandatangani perjanjian antara Yayasan Sabah melalui Sinora Sdn. Bhd. dan Yuasa Trading Company Limited, Jepun, untuk penubuhan syarikat usaha sama yang melakukan pemprosesan kayu hilir. 20 Jun 2 Julai 1974 Pengagihan ketiga Amanah Tun Datu Haji Mustapha. 22 Jun 1974 Perolehan MV Kinabalu Lapan, kapal ketujuh Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. Jun 1974 Asrama Yayasan Sabah di Kota Marudu, Kudat, Papar, Sipitang, dan Ranau siap dibina. 30 September 1974 Pengambilan pelajar pertama Universiti Kebangsaan Malaysia - Sabah (UKMS) di kampus cawangan Kinarut. |
1975-1979
1975 |
Februari 1975 Kerja-kerja asas Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah dimulakan. 3 Mac 1975 Perkhidmatan Doktor Udara dimulakan di kawasan luar bandar. 15 April 1975 Sapanggar Sdn. Bhd., anak syarikat Yayasan Sabah telah menjalin usaha sama dengan North Borneo Timbers Bhd. Sabah Softwoods Sdn. Bhd. yang kini dikenali sebagai Sabah Softwoods Bhd. telah diperbadankan pada Disember 1973. April 1975 Logo rasmi Yayasan Sabah yang pertama diperkenalkan pada bulan April 1975. 30 Jun 1975 Perolehan MV Kinabalu Sembilan, kapal kelapan Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 28 Julai 1975 Perolehan MV Kinabalu Sepuloh, kapal kesembilan Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. |
1976 |
22 Jun 1976 Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd. Salleh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 22 Jun 1976 Tan Sri Datuk Benedict Stephens dilantik sebagai Pengarah/Pengarah Urusan Yayasan Sabah. 31 Julai 1976 Perolehan MV Kinabalu Sebelas, kapal kesepuluh Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. 10 September 1976 Perolehan MV Kinabalu Dua Belas, kapal kesebelas Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu. Disember 1976 Sebanyak 128 unit rumah-kedai empat tingkat di Sinsuran, Kota Kinabalu siap dibina. Disember 1976 Pejabat Yayasan Sabah yang kedua di Blok K, Kompleks Sinsuran. |
1977 |
Awal 1977 Jalan pesisiran pantai Likas yang menghubungkan pusat perniagaan Kota Kinabalu dengan selatan Inanam siap dibina. 30 Jun 1977 Perolehan MV Kinabalu Lima Belas. |
1978 |
20 Mac 7 Mei 1978 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah. 31 Mac 1978 Penubuhan Sabah Melale Wood Industries Sdn. Bhd. 21 Jun 1978 Penubuhan Koperasi Serbaguna Kakitangan Sabah (KOYASA). 11 Julai 1978 Majlis perasmian Asrama Yayasan Sabah di Keningau oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd. Salleh. Ogos 1978 Fasa 1A Kompleks Sukan Kota Kinabalu siap dibina. |
1979 |
13 Februari 1979 Skim pakaian seragam untuk pelajar sekolah rendah diperkenalkan. 29 Mac 1979 Penubuhan Yayasan Sabah Shipping Sdn. Bhd. (YSSSB). 30 Mei 1979 Penubuhan Pacific Hardwoods Sdn. Bhd. dan Silam Forest Products Sdn. Bhd. Julai 1979 Bangunan Ibu Pejabat Yayasan Sabah siap dibina (kini dikenali sebagai Menara Tun Mustapha). 20 Julai 19 September 1979 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah. Oktober 1979 Skim alat-alat tulis untuk pelajar sekolah rendah dan menengah diperkenalkan. 1979 Kem perkampungan semasa cuti sekolah bagi pelajar Yayasan Sabah di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia diperkenalkan. 1979 Asrama Yayasan Sabah di Wilayah Persekutuan Labuan siap dibina. |
1980-1984
1980 |
1 Januari 1980 Pelantikan Tengku Datuk Zainal Adlin bin Tengku Mahmood sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah. Februari 1980 Penghantaran MV Yayasan Satu, kapal Yayasan Sabah yang pertama di bawah siri Yayasan. Yayasan Satu dirasmikan pada 24 Mac 1980. 5 April 31 Oktober 1980 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah. Jun 1980 Penghantaran MV Yayasan Dua, kapal Yayasan Sabah yang kedua di bawah siri Yayasan. 6 Jun 1980 Majlis Perasmian Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Haji Mohd. Adnan Robert. 21 Jun 1980 Penubuhan Safima Plantation Sdn. Bhd. 7 Ogos 1980 Yayasan Sabah memperkenalkan logo baharu. September 1980 Penghantaran MV Yayasan Tiga, kapal Yayasan Sabah yang ketiga di bawah siri Yayasan. 15 Oktober 1980 Majlis Pelancaran skim pengedaran susu untuk pelajar sekolah rendah. Acara yang diadakan di Kampung Buayan, Penampang itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd. Salleh, Ketua Menteri Sabah. 1980 Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling. |
1981 |
25 Januari 1 April 1981 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah. 15 Februari 1981 Skim pengedaran kasut untuk pelajar sekolah rendah diperkenalkan. Acara dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. Jun 1981 Fasa 1B dan 1C Kompleks Sukan Kota Kinabalu siap dibina. 1981 Fasa I Yayasan Sabah-Institiut Teknologi Mara (YS-ITM) di Kuala Manggatal siap dibina. |
1982 |
Mac 1982 Skim pemberian susu diperkenalkan kepada murid-murid tadika. 19 Jun 1982 Majlis Pelancaran Pekhidmatan Paramedik Yayasan Sabah (PAYS) yang mengendalikan perkhidmatan ambulans 24 jam di sekitar Kota Kinabalu. Perkhidmatan PAYS mula beroperasi sejak 15 Ogos 1981. 29 Ogos 1982 Penyerahan MV Yayasan Lima oleh Sabah Shipyard Sdn. Bhd., Wilayah Persekutuan Labuan. Kapal Yayasan Sabah yang keempat di bawah siri Yayasan. September 1982 Pengambilan pertama seramai 138 pelajar yang mendaftar di Tadika Yayasan Sabah Ria. 18 Disember 1982 Majlis Pelancaran MV Yayasan Enam, oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Haji Mohd. Adnan Robert di Limbungan Sabah Shipyard Sdn. Bhd., Wilayah Persekutuan Labuan. 1982 Skim pengedaran kasut diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah. |
1983 |
17 Mac 1983 Majlis Perasmian Tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Haji Mohd. Adnan Robert. 1983 Yayasan Sabah-Institiut Teknologi Mara (YS-ITM) Fasa II di Kuala Manggatal siap dibina. 1983 Majlis Pelancaran MV Yayasan Tujuh, oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Datuk Musa Hitam di Limbungan Sabah Shipyard Sdn. Bhd., Wilayah Persekutuan Labuan. |
1984 |
Mac 1984 Penyerahan MV Yayasan Lapan oleh Sabah Shipyard Sdn. Bhd., (Wilayah Persekutuan) Labuan. 25 September 1984 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman yang pertama bagi Program Latihan dan Penyelidikan Hutan Hujan Lembah Danum di antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum dan The Royal Society, United Kingdom untuk kerja-kerja penyelidikan yang akan dijalankan di Lembah Danum. Kini, kerjasama diteruskan dengan South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP). Oktober 1984 Pelan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah (1984-2032) diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah. 1984 Projek InSPIRE (Integrated System of Programme Instruction for Rural Environment) atau Sistem Panduan Pengajaran yang Terancang Khas untuk Sekolah Rendah di Kawasan Luar Bandar diperkenalkan di Sabah. |
1985-1989
1985 |
1 18 April 1985 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah. 18 Jun 1985 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, JP dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sabah. 18 Jun 1985 Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dilantik sebagai Pengarah/Pengarah Urusan Yayasan Sabah. Julai 1985 Kompleks Badan-Badan Sukarela di Jalan Tuaran siap dibina. |
1986 |
29 Ogos 1986 Majlis Perasmian Pusat Luar Lembah Danum (untuk penyelidikan, latihan dan pendidikan mengenai pemuliharaan) oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 15 September 1986 Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan diperkenalkan di kawasan luar bandar. |
1987 |
21 Mac 1987 Penubuhan Pusat Perhutanan Luasong sebagai pusat pembangunan hutan tropika dan pangkalan operasi bagi aktiviti pembalakan, pengukuran, inventori dan agro-perhutanan. 10 Julai - 24 September 1987 Menyelaras ekspedisi saintifik dan kemasyarakatan Operasi Raleigh di Sabah. 18 Disember 1987 Majlis Perasmian dan Penyerahan Asrama Kinabalu, Universiti Malaya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Bangunan ini siap dibina pada Ogos 1985. |
1988 |
18 April 6 Mei 1988 Yayasan Sabah, Tentera Udara Diraja Malaysia dan World Wide Fund (WWF) melakukan penyelidikan saintifik di Maliau Basin. 17 Ogos 1988 Innoprise Corporation Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai jentera pelaburan Yayasan Sabah dan juga sebagai syarikat pengurusan aktiviti komersial kumpulan. 7 Oktober 1988 Kelab Pencinta Alam Sabah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 1 Disember 1988 Tanjung Aru Hotel Sdn. Bhd. menandatangani Perjanjian Pengurusan dengan Shangri-La International Hotel Management Limited. 1 Disember 1988 Yayasan Sabah memperoleh kenderaan kesihatan bergerak berhawa dingin, Put-On-Deck (POD) Concept yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 5 Disember 1988 Majlis Pelancaran Program Pembangunan Insan Yayasan Sabah di Tambunan Village Resort Centre, Kampung Keranaan, Tambunan. |
1989 |
Mac 1989 Seramai 30 orang kanak-kanak kumpulan pertama mendaftar di Taska Ria, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak. 24 April 1989 ICSB memperoleh 15 peratus ekuiti di Shell Timur Sdn. Bhd. Julai 1989 Penubuhan Institut Pembangunan Insan yang kemudiannya dikenali sebagai Kolej Komuniti Yayasan Sabah, seterusnya Kolej Yayasan Sabah dan sekarang dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah. 16 September 1989 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat kedua dalam perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Jadi Rasmi ke-63 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan Sabah yang ke 25. 1 Disember 1989 Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, JP dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 1989 Asrama Yayasan Sabah di SK Lotong, Tambunan siap dibina. |
1990-1994
1990 |
8 Mei 1990 Lawatan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Kedah Darul Aman, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman mengunjungi Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah. 8 Mei - 23 Jun 1990 Pengagihan Amanah Rakyat Sabah selama tujuh minggu. 23 Mei 1990 Majlis Pelancaran Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan kepada 10 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kini, program biasiswa ini dianugerahkan kepada 10 orang pelajar terbaik (Kategori Terbuka) dan 30 orang pelajar terbaik (Kategori Bumiputera). 30 Julai 3 Ogos 1990 Yayasan Sabah menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Biologi dan Pemuliharaan Hutan di Auditorium Tun Ahmad Raffae. Persidangan itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 6 September 1990 Pelancaran Projek Pembangunan Komuniti Perhutanan di Ulu Kinabatangan, Tongod oleh Ketua Menteri Sabah Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 15-22 September 1990 Yayasan Sabah menjadi tuan rumah Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) yang pertama. Yayasan Sabah muncul juara sebanyak lapan kali daripada 13 kejohanan yang dianjurkan. 1990 Pengambilan pertama seramai 15 pelajar seni bina bangunan bagi tempoh latihan selama dua tahun setengan di Institut Pembangunan Insan (IPD). |
1991 |
15 Mac 1991 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Association of Canadian Community College (ACCC) mengenai bantuan teknikal jangka pendek untuk Institut Pembangunan Insan (IPD). 7 April 1991 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. dan Centre Technique Forestier Tropical (CTFT), France for In-Vitro Culture Propagation. Kerjasama diteruskan oleh Bahagian Bioteknologi dan Hortikultur (BHD). Ketika ini, semua kerja-kerja penyelidikan jati dilaksanakan oleh YSG Bioscape Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai YSG Biotech Sdn. Bhd.). 15 Ogos 1991 Majlis Perasmian Kompleks Pemprosesan Kayu Balak Pacific Hardwoods Sdn. Bhd., Silam, Lahad Datu oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 13 September 1991 Majlis Perasmian Asrama Yayasan Sabah, Tambunan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 15 September 1991 Majlis Perasmian jambatan gantung di Kampung Inarad, Ulu Kinabatangan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Joseph Siting Saang. 27 November 1991 Majlis Perasmian Pusat Luar Lembah Danum Fasa III oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Lahad Datu. 2 Disember 1991 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk perundingan teknikal mengenai rotan dan spesies kayu berharga. 6 Disember 1991 Konvokesyen Pertama Institut Pembangunan Insan (IPD), kini dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS). 17 Disember 1991 Majlis Perasmian Pusat Sukan Yayasan Sabah (Kompleks Sukan Tun Adnan) oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 1991 Sebuah tempat perkuburan purba telah ditemui berhampiran dengan Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. BRL telah didaftarkan sebagai sebuah projek pelancongan oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia dan diberikan taraf perintis oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia. |
1992 |
2 Januari 1992 Yayasan Sabah melancarkan Program Pembangunan Insan Siri II, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 21 Mac 1992 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. dan Swedish University of Agriculture Science (SUAS) bagi Penyelidikan Hutan Tropika di Luasong, Tawau. Kerjasama ini diteruskan sehingga 2016. 17 Jun 1992 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dan Commonwealth Scientific Industrial Research Organisation (CSIRO) bagi Projek Eucalyptus Seed Garden. Kerjasama ini diteruskan sehingga 1996. 29 Jun 1992 Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd dan (Forests Absorbing Carbon Dioxide Emissions) Foundation of The Netherlands bagi pemulihan kawasan hutan yang telah ditebang untuk Fasa I. Ketika ini kerjasama diteruskan oleh Face Forests B. V. 1 Ogos 1992 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dengan New England Power Company (NEP), Amerika Syarikat bagi Projek Pengurangan Kesan Pembalakan. Kerjasama ini diteruskan sehingga 1998. 8 Disember 1992 Majlis Perasmian Kilang Innoprise Wood Products Sdn. Bhd. oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. |
1993 |
27 Mac 1993 Majlis Perasmian Asrama Yayasan Sabah di SK Pegalan Kusob, Tambunan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. 13 Mei 1993 Pembinaan infrastruktur pertama di Lembangan Maliau yang dinamakan Stesen Luar Lembangan Maliau terletak di Camel Trophy Base Camp melalui sumbangan berjumlah USD 500,000 oleh Camel Trophy. 31 Ogos 1993 Yayasan Sabah muncul juara dalam perbarisan Hari Kebangsaan (Kategori Badan Berkanun). 8 Disember 1993 Eksport perabot hiasan taman yang pertama oleh Innoprise Wood Products Sdn. Bhd. ke Eropah dan Amerika Syarikat. |
1994 |
30 Mac 1994 Ketua Menteri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Sakaran bin Dandai dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 1 April 1994 Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, JP dilantik sebagai Pemangku Pengarah Yayasan Sabah. 8 Mei 1994 Majlis Perasmian Kinabalu Wing, Shangri-La s Tanjung Aru Resort (STAR) oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Mohd. Said Keruak). 24 Jun 1994 Majlis Perasmian Sinora Plymill II di Sandakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Sakaran bin Dandai. 1 Julai 1994 Fasa 1 - Borneo Rainforest Lodge yang terdiri daripada 10 buah bilik chalet dupleks siap dibina. BRL mula beroperasi sebagai kemudahan pelancongan alam semula jadi komersial. 1 Oktober 1994 Tuan Haji Abdul Kadir Haji Damsal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 1 Oktober 1994 Laluan kanopi, salah satu tarikan utama di Borneo Rainforest Lodge siap dibina. 9 November 1994 Sinora Particle Board Sdn. Bhd. dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim. 20 Disember 1994 Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Borneo oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Lembaga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Sakaran bin Dandai. 30 Disember 1994 Majlis Pelancaran BAKTI IKHLAS sebagai falsafah korporat Yayasan Sabah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Mohd. Said Keruak. |
1995-1999
1995 |
12 Januari 1995 Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Mohd. Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 13 Februari 1995 Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 1 Mac 1995 Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 16 Mei 1995 Kawasan Konservasi Lembah Danum seluas 43,892 hektar dinaik taraf sebagai Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan). 2 September 1995 Penyerahan kampus sementara Universiti Malaysia Sabah (UMS). 8 September 1995 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) bagi pengiktirafan Pusat Perhutanan Luasong, Tawau dan Pusat Luar Lembah Danum (DVFC), Lahad Datu sebagai kampus gabungan UPM. |
1996 |
7 Januari 1996 Borneo Rainforest Lodge (BRL) memenangi anugerah Best New Tourist Attraction in ASEAN di ASEANTA ke-10 - Kecemerlangan dalam Pelancongan sempena Konvesyen Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) di Surabaya, Indonesia. 14-16 Mac 1996 Lawatan His Majesty King Carl XVI Gustaf dan Her Majesty Queen Silvia of Sweden ke Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lembah Danum, Lahad Datu. 13 April 1996 Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merasmikan bangunan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Jepun untuk Sains Pertanian (JIRCAS) di Pusat Perhutanan Luasong, Tawau. 12-15 Mei 1996 Ekspedisi Saintifik Lembangan Maliau anjuran Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar Sabah. 6 Jun 1996 Majlis Menandatangani Perjanjian Penjualan Saham Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB), Permodalan Bumiputra Sabah Berhad dan Hexza Corporation Berhad. 3 Julai 1996 Sinora Industries Berhad (SIB) tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). 25 Julai 1996 Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 25 Julai 1996 Majlis Pelancaran Penjualan Perumahan Kakitangan Yayasan Sabah (Taman Bakti Ikhlas) oleh Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 4 Ogos 1996 Penyerahan kunci Asrama Desa Yayasan Sabah di Kg. Sungai-Sungai, Sugut, Beluran. 21 Ogos 1996 Majlis Penyerahan Penemuan mengenai Penyelidikan Pendedahan Keracunan Plumbum dalam kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Sabah dari Universiti Sains Malaysia (USM). 31 Ogos 1996 Yayasan Sabah memenangi keseluruhan Kategori Berhias Terbaik dan Kategori Berhias Paling Berwarna dalam Pertandingan Kereta Berhias sempena Hari Kebangsaan. 31 Ogos-1 September 1996 Lawatan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke Pusat Luar Lembah Danum (DVFC) and Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. 16 Oktober 1996 Datuk Dr. Mohd. Tahir Jaafar dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah. 31 Oktober 1 November 1996 Lawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah binti Al-Marhum Tuanku Besar Burhanuddin ke Pusat Luar Lembah Danum (DVFC) dan Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. 27 November 1996 Majlis Perasmian Pusat Penemuan Alam Semulajadi atau Pokok Rimba di DVFC. Disember 1996 Fasa II Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu yang terdiri daripada satu unit-18 chalet siap dibina. 1996 Pelan Pengurusan Lembah Danum (1996-2020) disediakan untuk menggariskan tindakan strategik yang diperlukan untuk mencapai objektif pengurusan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum (DVCA) dalam penyelidikan, pendidikan, latihan dan pelancongan alam semula jadi. Seterusnya, Pelan Pengurusan kedua (2010-2020) telah disediakan. |
1997 |
23 Februari 1997 Majlis Perasmian Asrama Daerah Yayasan Sabah di Kampung Padas, Sibuga Sandakan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 22 Mac 1997 Majlis Perasmian Asrama Daerah Yayasan Sabah Sipitang oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Sapawi bin Haji Ahmad. 17 April 1997 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai projek-projek pembangunan penyelidikan dalam bidang sosial, pendidikan, perdagangan dan sains; biodiversiti dan pemuliharaan hutan. 20 September 1997 Majlis Pelancaran Laman Web Yayasan Sabah melalui internet dan intranet yang dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 24 November 1997 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) dan British Columbia Fire Service sebuah agensi perlindungan kebakaran hutan untuk Kawasan Konsesi Yayasan Sabah. 29 November 1997 Majlis Perasmian Asrama Desa Yayasan Sabah di SK Simpangan Paitan, Beluran. 17 Disember 1997 Majlis Pelancaran Skuad Bantuan Bomba oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Sri Panglima Musa Haji Aman. |
1998 |
2 Jun 1998 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman pertama antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dan IKEA terhadap projek pemuliharaan dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah. Ketika ini, kerjasama RBJ and IKEA telah memasuki fasa keempat (2015-2024). 6 Jun 1998 Pasukan Yayasan Sabah memenangi Pesta Perahu Naga ke-13 (Kategori Antarabangsa). 2 Oktober 1998 Tuan Haji Kamis bin Haji Awang Ali dilantik sebagai Timbalan Pengarah II Yayasan Sabah. 15 Oktober 1998 Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 08 Mac 1998 Majlis Perasmian Asrama Daerah Yayasan Sabah di Kg. Seri Melor, Semporna oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Apdal. |
1999 |
19 Julai 1999 Datuk Seri Panglima Osu Haji Sukam dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 5 Ogos 1999 Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, JP dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 13 Ogos 1999 Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Plumbum mengenai bahaya kepada kesihatan akibat pendedahan plumbum dalam kalangan kanak-kanak oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 1999 Kawasan Konservasi Lembah Danum diwartakan di bawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 sebagai Kawasan Konservasi Warisan Budaya. |
2000-2004
2000 |
22 Februari 2000 Unit Latihan Yayasan Sabah menerima anugerah pengiktirafan antarabangsa, sijil MS ISO 9002:1994 dari Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA). 8 Jun - 7 Julai 2000 Jabatan Perhutanan Sabah dan Yayasan Sabah menganjurkan Ekspedisi Saintifik Imbak Canyon yang pertama. 20 Ogos - 2 September 2000 Eco-Challenge (Perlumbaan ekspedisi paling sukar di dunia) diadakan di Kawasan Konservasi Lembah Danum, Lahad Datu. 10 November 2000 Majlis Perasmian Wisma Yayasan Sabah di Kaherah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam. |
2001 |
11 Jun 2001 Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, JP dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah. 11 Jun 2001 Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 12 Jun 2001 Dr. Fowzi Mohd. Razi dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan, Innoprise Corporation Sdn.Bhd. 31 July 2001 Majlis Penamaan Bangunan Yayasan Sabah sebagai Menara Tun Mustapha sempena ulang tahun ke-35 penubuhan Yayasan Sabah. |
2002 |
9 July 2002 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau dan Harvard University Herbaria (HUH) mengenai kerjasama dalam penyelidikan dan pemuliharaan flora Maliau. |
2003 |
8 Mac 2003 Yayasan Sabah memenangi dua anugerah; Projek Konservasi Lembangan Maliau untuk "Anugerah Kecemerlangan Projek Alam Sekitar Bagi Organisasi 2003" dan Kelab Pencinta Alam untuk "Anugerah Kecemerlangan Organisasi Kerajaan Mesra Alam" pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Negeri Sabah. 12 Mac 2003 Majlis Perasmian Kem Belian, Kawasan Konservasi Lembangan Maliau, Tawau oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, JP 12 Disember 2003 Majlis Pelancaran Visi Kumpulan Yayasan Sabah: Organisasi yang Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Yayasan Sabah, kini secara operasinya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah. |
2004 |
17 Januari 2004 Majlis Perasmian Bangunan Maklumat dan Resepsi Shell Maliau oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah. 10-24 Mei 2004 Kumpulan Yayasan Sabah dan organisasi tempatan dan antarabangsa yang lain menganjurkan Ekspedisi Saintifik Kanyon Imbak yang kedua. 1 Julai 2004 Datuk Dr. Johan Ariffin bin Datuk Haji A. Samad dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah. 13 September 2004 Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. |
2005-2009
2005 |
4 Februari 2005 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Tropical Forest Trust bertujuan menjalinkan kerjasama ke arah pensijilan Forest Stewardship Council. 3 Mac 2005 Bahagian Perhutanan, Pemprosesan dan Pemasaran dan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (Kumpulan) disahkan oleh SIRIM QAS International bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000. 28-30 Mac 2005 International CEO s Conference 2005 yang pertama diadakan di The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Persidangan disertai oleh lebih 600 delegasi dari 32 negara dan mengumpulkan 28 tokoh antarabangsa terkemuka. 29 April 2005 Majlis Pelancaran Majlis Bersama Jabatan (MBJ). |
2006 |
10 Mei 2006 Ulang Tahun ke-40 Yayasan Sabah oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah. 10 Mei 2006 Majlis Perasmian Galeri Tun Mustapha. 27 Mei 2006 Majlis Perasmian Tadika Kristal Ria di Kompleks Sadong Jaya oleh isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Puan Sri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. 15-24 Jun 2006 Ekspedisi Saintifik Kem Eucalyptus, Lembangan Maliau yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dan Akademi Sains Malaysia. |
2007 |
6 Februari 2007 RBJ dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Emas Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2006 di dalam kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Pengauditan dijalankan di Keningau. 8 Februari 2007 Majlis Perasmian Jambatan Tamoi oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 8 Februari 2007 Majlis Perasmian Pusat Perhutanan Millian di Tongod, Kinabatangan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 20 Mac 2007 Majlis Perasmian YSG Biotech Sdn. Bhd. oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Kompleks Badan-Badan Sukarela, Kota Kinabalu. 24 April 2007 Kumpulan Yayasan Sabah melalui Projek Pemuliharaan Hutan Tropika Innoprise-IKEA (INIKEA) dianugerahkan Sijil IWAY oleh IKEA atas pencapaian standard yang tinggi dalam isu-isu berkaitan dengan alam sekitar, perhutanan dan persekitaran kerja. 24 April 2007 Majlis Perasmian Bangunan Resepsi dan Informasi Shell Maliau di Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau, Tawau oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 26 April 2007 Majlis Perasmian Maliau Sky Bridge dan Menara Pemerhatian di Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau, Tawau Pengurus, Sosial & Hal Ehwal Alam Sekitar, IKEA Group oleh Encik Thomas Bergmark dan Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah, Dr. Waidi Sinun. 18 Jun 2007 Majlis Perasmian Kapal Tangki Kimia MT Maliau di Korea Selatan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk KY Mustafa bagi pihak Ketua Menteri Sabah. 22 Oktober 2007 Yayasan Sabah Dua Shipping Sdn. Bhd. menerima Superfast Crewboat pertama, Libaran di Jeti Baru Rancha Rancha Asian Supply Base, Wilayah Persekutuan Labuan. 11-22 November 2007 International Women Executive Congress 2007 - The Way Forward diadakan di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Kongres itu dihadiri 326 rakyat Malaysia dan delegasi antarabangsa selain 15 penceramah terkenal antarabangsa. |
2008 |
21 Januari 2008 Lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri ke Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. 25 January 2008 Majlis Perasmian kapal tangki kimia MT Imbak di Korea Selatan oleh Pengerusi Yayasan Sabah Shipping Sdn. Bhd., Dato Rahman Dahlan. 15-27 Jun 2008 Kumpulan Yayasan Sabah dan Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) menganjurkan menganjurkan International CEO s Conference 2008 yang kedua, disertai oleh 560 orang delegasi dari 27 negara dan mengumpulkan 35 tokoh antarabangsa terkemuka di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. 14 Ogos 2008 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan Yayasan Sabah dan New Forests, Australia semasa Persidangan Antarabangsa Pemeliharaan Alam di Sabah. 25 Oktober 2008 Kumpulan Yayasan Sabah melalui Sabah Softwoods Berhad (SSB) dianugerahkan Anugerah Majikan Prihatin 2008 oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah. |
2009 |
22 Oktober 2009 Kumpulan Yayasan Sabah dan USCI menganjurkan Blue Ocean Strategy Conference (BOSC 2009) yang diadakan di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort. 21 November 2009 Borneo Rainforest Lodge (BRL) dianugerahkan "Excellence in Hotel Services - Nature Lodge Category", "Best Tourism Attraction Nature Category" dan "Best New Tours Package 4 days and 3 nights Borneo Rainforest Lodge Package" semasa Anugerah Pelancongan Sabah 2009. |
2010-2014
2010 |
18 Februari 2010 Majlis Perasmian Stesen Penyelidikan Sungai Kuala Danum. Turut hadir ialah wakil dari Pusat Penyelidikan Hidupan Liar Universiti Kyoto, Pusat Penyelidikan Primat dan Kumpulan Yayasan Sabah. 6 April 2010 Majlis Pelancaran Portal k@Borneo oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 26 Mei 2010 Kumpulan Yayasan Sabah Unit Pengurusan Hutan (FMU) 15 dan 16 di Hutan Simpan Sungai Pinangah menerima Pengesahan Pematuhan Perundangan (VLC) oleh Rainforest Alliance of New York di bawah program pintar. 5 Ogos 2010 Majlis Perasmian Asrama Iskandariah, Yayasan Sabah, Mesir oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 26 November 2010 Majlis Pelancaran Buku "Maliau Basin: Physical Environment and Biological Diversity of the Northern Rim" sempena pelepasan Ekspedisi Saintifik Ketiga Kanyon Imbak 2010. 26 November - 5 Disember 2010 Ekspedisi Saintifik Ketiga Kanyon Imbak di Kawasan Gunung Kuli, bahagian selatan Kanyon Imbak, yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dan Kumpulan Yayasan Sabah. 21 Disember 2010 RBJ dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Emas Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 dalam kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Pengauditan dijalankan di Lahad Datu. |
2011 |
29 Januari 2011 Majlis Perasmian Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau (MBSC), Tawau oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 14-15 Mac 2011 Seminar mengenai penemuan Ekspedisi Saintifik di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak 2010 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. 7 Mei 2011 Ladang Cenderamata, Sabah Softwoods Berhad dianugerahkan Anugerah Ladang Bahagia Kedua untuk Ladang Pokok Brumas bagi Anugerah Kebangsaan Ladang Majikan Terbaik sempena Hari Pekerja 2011. 29 Jun 2011 Majlis Pelancaran Kerjasama Konservasi Kanyon Imbak Kumpulan Yayasan Sabah PETRONAS. |
2012 |
16 Jun 2012 Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 29 Ogos 2012 Majlis Pelancaran Kajian Ethno Perhutanan Kanyon Imbak dan Bengkel Mengakses dan Mengkomersialkan Biodiversiti oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, wakil Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu. 15 September 2012 Lawatan oleh Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Catherine Middleton ke Pusat Luar Lembah Danum (DVFC) dan Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. 30 Oktober 2012 RBJ dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Emas Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 dalam kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Pengauditan dijalankan di Keningau. 12 November 2012 Kumpulan Yayasan Sabah dan Deanoor International menganjurkan Pertunjukan Fesyen Catwalk Antarabangsa Batik Sabah 2012 bertempat di The Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. |
2013 |
1 Julai 2013 Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad, JP dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah. 8 Julai 2013 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara (MoU) Kumpulan Yayasan Sabah dan Nature, Ecology and People Consult (NEPCon), Denmark untuk mengkaji semula Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi Lembangan Maliau di The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. 9 September 2013 Universiti Sains Malaysia (USM) menyampaikan laporan akhir Projek InSPIRE II serta modul pengajaran dan bahan-bahan kepada Kumpulan Yayasan Sabah. 13 September 2013 Majlis Perasmian Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan dan Jeti oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri, Kuamut, Datuk Masiung Banah. 27 September 2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj melawat Pusat Luar Lembah Danum dan Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. |
2014 |
30 April 2014 Majlis Perasmian Bengkel Imbak Canyon Conservation Area Management Plan 2014-2024 Stakeholders Validation oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. 10 Mei 2014 Majlis Perasmian Kilang Minyak Sawit Seraya oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 22 Mei 2014 Majlis Perasmian Kilang Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn. Bhd. di Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC), Lahad Datu oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 24-25 Jun 2014 Majlis Pelancaran Pelan Pengurusan Strategik Kawasan Konservasi Lembangan Maliau oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming. 25-28 Jun 2014 Pusat Kraftangan Sabah (PKS) memenangi tempat pertama dalam Anugerah Produk Terbaik kategori kraf tangan dalam Karnival Usahawan Kecil dan Sederhana di Kota Kinabalu. 4 Julai 2014 Majlis Pelancaran Projek Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 13-14 September 2014 Borneo BASE Jump diadakan di Menara Tun Mustapha. 17 Disember 2014 Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) sekali lagi dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2014 di bawah kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di Putrajaya Marriot Hotel, Kuala Lumpur. |
2015-2019
2015 |
9 Februari 2015 Pelancaran Pelan Transformasi Strategik, Kumpulan Yayasan Sabah 2013-2023 oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 14 April 2015 Pusat Kraftangan Sabah (PKS) dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Tanda Reka Bentuk Barangan Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Majlis Rekabentuk Malayia (MRM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Hotel Marriot, Putrajaya. 10-20 Mei 2015 Ekspedisi Saintifik di Kawasan Konservasi Pantai Silam (SCCA) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Taman-Taman Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Muzium Sabah dan Institut Kajian Pembangunan Sabah bagi memperoleh lebih banyak data/maklumat bagi merangka Pelan Pengurusan Strategik. 9 Jun 2015 Persidangan Antarabangsa mengenai Ekologi Hutan Hujan, Biodiversiti dan Pemuliharaan di Borneo di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. 12 Jun 2015 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah, Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Maliau dan Nordic Rainforest Research Network di Grand Ballroom, Shangri-La s Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), Kota Kinabalu. Kerjasama ini bertujuan untuk mempromosikan projek saintifik yang berkualiti khususnya dalam Maliau Basin Conservation Area (MBCA) dan kawasan konservasi yang lain. 12 Jun 2015 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah, dan Forest of the World di Grand Ballroom, Shangri-La s Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), Kota Kinabalu. Kerjasama ini bertujuan untuk mempromosikan projek sukarelawan yang berkualiti di Maliau Basin Conservation Area (MBCA). 20 Ogos 2015 Seminar Ekspedisi Saintifik Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. 31 Ogos 2015 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama (Sektor Swasta/Kategori Komersial) dalam Perbarisan Hari Kebangsaan. 9 November 2015 Pusat Kraftangan Sabah (PKS) melalui Kristal Handal Sdn. Bhd. merupakan di antara 51 daripada 604 pengeluar batik di Malaysia menerima Pensijilan Batik Malaysia MS 692:2007 yang telah diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kota Bahru, Kelantan. 3 6 Disember 2015 Kumpulan Yayasan Sabah melalui Kristal Handal Sdn. Bhd. memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Kluster Kraftangan bagi kategori tekstil sempena Showcase Satu Daerah, Satu Industri bagi Kategori Produk Tekstil sempena di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. 2015 Borneo Rainforest Lodge dianugerahkan Tripadvisor Certificate of Excellence, Tripadvisor Hall of Fame 2015 Certificate sempena Pacific Asia Travel Association (PATA) Tourism InSPIRE Awards 2015. |
2016 |
4 Januari 2016 Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, JP dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 12 April 2016 Perasmian Bangunan Resepsi dan Informasi Pesisiran Pantai Silam SHELL oleh Ahli Parlimen Silam P.188, Datuk Haji Datu Nasrun bin Haji Datu Mansur. 9 Mei 2016 Pelancaran Sambutan Jubli Emas Yayasan Sabah ke-50 oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. 9 Mei 2016 Perasmian Galleria Artisan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Menara Tun Mustapha sempena dengan sambutan Jubli Emas ke-50 Yayasan Sabah. 15-18 September 2016 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi gerai terbaik di bawah kategori tempatan sempena Sabah International Expo (SIE) 2016 di The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour, Kota Kinabalu. 1 Oktober 2016 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama Pertandingan Berjalan Lalu (Sektor Swasta/Kategori Komersial) sempena istiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi ke-63 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. 28-30 Oktober 2016 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi The Most Outstanding Booth pada Sabah International Travel Fair di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu. 6 Disember 2016 Pelancaran Monograf Danum Valley The Rainforest dan Seminar Danum Valley Wildlife and Resources Survey di Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), Kota Kinabalu. 2016 Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dianugerahkan Winner of the Excellence Award for Occupational Health & Safety di bawah kategori Sektor Perhutanan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH). Audit dijalankan di Tawau. |
2017 |
16-26 Ogos 2017 Ekspedisi Saintifik Kanyon Imbak yang keempat di Batu Timbang yang dianjurkan Kumpulan Yayasan Sabah, diketuai oleh Jabatan Perhutanan Sabah dengan sumbangan dana oleh PETRONAS. Seramai 130 orang penyelidik dan saintis telah menyertai ekspedisi ini. 27 Ogos 2017 Perasmian Loji Biogas di Kilang Kelapa Sawit Seraya, Benta Wawasan, Tawau oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. 7 Oktober 2017 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama Pertandingan Berjalan Lalu (Sektor Swasta/Kategori Komersial) sempena istiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi ke-64 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. 16 November 2017 Sabah Softwoods Berhad menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2017 kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. 4-5 Disember 2017 Pelancaran Pelan Strategik Pengurusan Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) 2014-2023 oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. |
2018 |
6 Februari 2018 Galleria Artisan, menerima Sijil Pengiktirafan Akreditasi Perniagaan Saksama Dalam Pelancongan (Kraftangan dan Cenderakenangan) dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada majlis yang diadakan di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha. 24 Mac 2018 Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) mengukir nama dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan 2,583.8 meter panjang batik lukis/canting tangan terpanjang di Malaysia. PKS bekerjasama dengan enam buah sekolah iaitu SM St. Francis Xavier Keningau, SMK Gunsanad, SMK Gunsanad 2, SMJK Ken Hwa, SMK Keningau bersama Kolej Vokasional Keningau, Persatuan Seni Visual Sabah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF). 1 Julai 2018 Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 1 September 2018 Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 2 September 2018 Sabah Softwoods Berhad dianugerahkan Majikan Prihatin OKU oleh Jabatan Buruh (Sabah), Kementerian Sumber Manusia sempena dengan Karnival Pekerjaan Kembara Kerjaya Sabah di Oceanus Mall, Kota Kinabalu. 3 September 2018 Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah/Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 21 September 2018 Pelancaran Bantuan Pendidikan One-Off oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. 28 September - 9 Oktober 2018 Ekspedisi Saintifik Kanyon Imbak yang kelima, juga dikenali sebagai Borneo Geographic Expedition yang dianjurkan bersama oleh Kumpulan Yayasan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah di Sungai Kangkawat, Kawasan Konservasi Kanyon Imbak. 6 Oktober 2018 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama Pertandingan Berjalan Lalu (Sektor Swasta/Kategori Komersial) sempena istiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi ke-65 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah. |
2019 |
8 Mac 2019 Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al- Marhum Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Galleria Artisan, Menara Tun Mustapha. 26 Mac 2019 Perasmian Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (ICSC) oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, di Kanyon Imbak, Tongod. 27 Julai 2019 Konvokesyen Pertama University College Sabah Foundation (UCSF) yang melibatkan 274 graduan di Tun Ahmad Raffae Auditorium, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. 30 Ogos 2019 Perasmian Galleria Artisan di Menara Kinabalu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. 28 November 2019 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan latihan mengenai pengurusan sumber asli yang mampan. 9-18 December 2019 Ekspedisi Saintifik Kanyon Imbak yang keenam di Stesen Penyelidikan Gunung Kuli dan Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak. 2019 Borneo Rainforest Lodge dianugerahkan Sabah Tourism Awards 2019 (Excellence in Hotel Services - Jungle Lodges). 2019 Borneo Rainforest Lodge dianugerahkan Certificate of Excellence oleh Tripadvisor. 2019 Sabah Softwoods Berhad dianugerahkan Sabah Top Achievers Award. |
2020 dan Seterusnya
2020 |
7 Februari 2020 Program pertama (Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah 2020) diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC). 15 Oktober 2020 Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah. 2 November 2020 Dato' Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, JP dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah/Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. |
2021 |
22 Mac 2021 Pelancaran Pembangunan Lok Kawi Resort City oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin di Sabah International Convention Centre (SICC). 9 Ogos 2021 Datuk Sam Mannan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah. 9 September 2021 Pelancaran Program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) di bawah Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera. |
2022 |
18 Januari 2022 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Pavilion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. untuk Pembangunan Pavilion Harbour City di Kota Kinabalu di Sabah International Convention Centre (SICC). 27 Januari 2022 Majlis Menandatangani Surat Tawaran Bagi Usahawan Program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera di Menara Tun Mustapha. 30 Mac 2022 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Korrich Holdings Sdn. Bhd. di Menara Tun Mustapha. Kerjasama ini bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah dengan meneroka pasaran baharu di Korea Selatan. 2 Jun 2022 Pelancaran Tabung Pendidikan Negeri Sabah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Sabah International Convention Centre (SICC). 16 Jun 2022 Kawasan Konservasi Lembangan Maliau menjadi destinasi pertama di Malaysia yang menerima Sijil Global Sustainable Tourism Council (Sustainable Accommodation). 31 Ogos 2022 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama (Sektor Swasta/Kategori Komersial) dalam Perbarisan Hari Kebangsaan. 7 Disember 2022 Kawasan Konservasi Kanyon Imbak menerima Sijil Global Sustainable Tourism Council (Sustainable Accommodation). |
2023 |
26 Januari 2023 Datuk Jasnih bin Daya dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. 20 Mac 2023 Sabah International Convention Centre (SICC) menerima anugerah the BrandLaureate Sustainable Business and Brands Inspirational Achievement Awards 2022-2023 for Services – Multi-Functional Conventional Centre pada the BrandLaureate Awards di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. 27 Oktober 2023 Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama dalam pertandingan video pendek 'Integriti di Hati' anjuran Jabatan Ketua Menteri (JKM) sempena Minggu Integriti yang diadakan pada Julai 2023. |
2024 |
26 Januari 2024 Sabah International Convention Centre (SICC) menerima anugerah ASEAN MICE Venue Standard (Category Exhibition Venue) pada ASEAN Tourism Forum 2024 di Landmark Mekong Riverside Hotel, Vientiane, Laos. 4 April 2024 Sabah International Convention Centre (SICC) menerima anugerah “Taste of the World Ramadan Dinner Buffet” dalam Asia Book of Records. 13 - 26 Mei 2024 Tinjauan Sumber & Hidupan Liar Kawasan Konservasi Lembangan Maliau anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, diterajui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, HUTAN-KOCP, WWF-Malaysia, Sabah Environmental Trust (SET), Sabah Tourist Guides Association dan Universiti Malaysia Sabah. 2 Julai 2024 Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. 22 Ogos 2024 Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Preferred by Nature di Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam, Lahad Datu. 22 Ogos 2024 Sabah International Convention Centre (SICC) menerima anugerah the BrandLaureate Best Brands Award 2024 pada 19th BrandLaureate Awards 2024 di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. 3 - 15 September 2024 Tinjauan Hidupan Liar dan Sumber Kawasan Konservasi Kanyon Imbak yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah, diterajui oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sabah, Taman-Taman Sabah, WWF-Malaysia, Sabah Environmnetal Trust, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA. 12 September 2024 Majlis Perasmian Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato' Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar, di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. 3 Oktober 2024 Chef Sabah International Convention Centre's Chef, Mohd Firdaous bin Mohd Izhar menerima Top Outstanding Master Chef Award in Category International Cuisine di World Top Gourmet Awards 2024. 10 Oktober 2024 Cabaran 10K Langkah sempena Majlis Penutupan Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 di Foyer Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. 10 Oktober 2024 Sabah International Convention Centre (SICC) menerima anugerah the MICE Venue of The Year daripada Sabah Top Achievers 2024. 23 Oktober 2024 Borneo Rainforest Lodge (BRL) menerima Sijil Global Sustainable Tourism Council (Sustainable Accommodation). 27 Oktober 2024 Borneo Rainforest Lodge (BRL) muncul sebagai juara di Festival Burung Borneo ke-14 tahun 2024, dalam kategori yang sangat kompetitif, iaitu 'Big Year'. 29 Oktober 2024 Borneo Rainforest Lodge (BRL) menerima Penarafan 5 bintang dan dianugerahkan sebagai penginapan Green Hotel daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. |