Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran

SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC)
Dengan matlamat untuk meningkatkan tahap ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi, Kumpulan Yayasan Sabah melakar masa depan industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions - MICE) di Sabah melalui Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (Sabah International Convention Centre - SICC).

Terletak di Pusat Perniagaan Kota Kinabalu, jarak SICC dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hanya mengambil masa 20 minit perjalanan melalui kenderaan. SICC terletak berdekatan dengan hotel, pusat membeli-belah yang menawarkan produk pereka-pereka terkemuka dan pelbagai hiburan menarik. Selain itu, ia juga berdekatan dengan restoran-restoran yang menyajikan pengalaman makanan yang eksklusif, daripada hidangan tradisional sehinggalah makanan Barat.

SICC meliputi kawasan seluas 15 ekar dengan jumlah kawasan terbina lebih dari 92,000m2. Dilengkapi dengan teknologi canggih, SICC merangkumi Performing Arts Hall bertaraf dunia dengan tempat duduk dua tingkat yang boleh menampung seramai 1,250 orang penonton, ruang pameran berkeluasan 5,300m2, dewan konvensyen tanpa tiang dengan keluasan 5,300m2 selain bilik mesyuarat yang fleksibel.

SICC juga mempunyai plaza terbuka berkeluasan 7,000m2, medan makan dan minum, di samping 1,000 ruang letak kereta sekali gus menjadikan SICC sebagai lokasi terpilih untuk pelbagai acara. Seni bina dan reka bentuk SICC yang unik mencerminkan elemen-elemen semula jadi negeri Sabah yang terkenal dengan pulau-pulau dengan air yang jernih, hutan tropika yang kaya dan Gunung Kinabalu yang ikonik.

Kaya dengan pelbagai budaya, etnik dan tradisi, Sabah ibarat syurga pelancongan yang seluas lautan dan setinggi gunung. Dengan pemandangan Gunung Kinabalu di sebelah timur dan matahari terbenam di sebelah barat, SICC menyajikan pemandangan Laut China Selatan yang tenang. Pengalaman di pulau berdekatan dengan SICC iaitu pulau-pulau Manukan, Sapi dan Mamutik menanti para pencinta pulau.

Penglibatan dalam pembinaan SICC merupakan salah satu usaha terbesar Kumpulan Yayasan Sabah. Berpegang teguh dengan misi untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah membuka pelbagai peluang melalui SICC. Ia akan menjadi satu hab perkumpulan minda di samping platform untuk mengembangkan bakat-bakat tempatan. Dengan sokongan padu dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan, di samping rangkaian perniagaan dengan pelbagai pemain industri terkemuka, SICC bakal menyediakan keseronokan dan penuh tarikan kepada eksekutif korporat global mengenai pelbagai keajaiban negeri Sabah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://siccsabah.com

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 326 625
(Kewangan ICSB)
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA