Perkilangan
Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. (NSSB) telah ditubuhkan pada 13 Mac 1980 dengan usaha sama antara Permodalan Bumiputera Sabah Berhad (PBSB) yang memegang 60 peratus ekuiti manakala Hexza Corporation Berhad (HCB), yang memegang sebanyak 40 peratus. PBSB adalah sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah, manakala HCB adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.
Pada 6 Jun 1996, Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) iaitu syarikat pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah, telah memperoleh 51 peratus saham syarikat tersebut. Struktur pemilikan terkini adalah seperti berikut: ICSB memegang 51 peratus, PBSB 29.4 peratus dan HCB 19.6 peratus.
NCSSB mengeluarkan formaldehid dan pelbagai jenis resin untuk industri perkayuan di Sabah. Kapasiti pengeluaran kilang formaldehid adalah sebanyak 33,000 MT setahun, manakala kilang resin menghasilkan 43,680 MT setiap tahun. Kilang syarikat ini terletak di Jalan Batu Sapi, Karamunting, Sandakan.
Selain itu, NCSSB juga merupakan pengedar berdaftar urea untuk Petronas Chemical Group Berhad dan membekalkan keperluan urea kepada Kumpulan Yayasan Sabah.