Kolej Teknologi Yayasan Sabah
Misi
Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) adalah untuk menyokong dan melengkapkan usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Sabah melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
KTYS ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan akses pendidikan berteraskan akademik serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti tinggi; melahirkan graduan yang inklusif, berdaya saing, berketerampilan, sertta membentuk sistem tadbir urus yang berkualiti, cekap dan berintegriti.
Bagi mencapai objektif tersebut, KTYS menjalin perkongsian pintar dengan pakar industri, institusi pendidikan dan latihan yang berkaitan. Dalam usaha membangunkan modal insan, KTYS turut bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja.
Sehubungan dengan itu, KTYS telah mengambil pendekatan baru dalam pendidikan dengan mengguna pakai pendekatan yang berasaskan latihan kompetensi dengan menyediakan latihan pelajar dan menempatkan mereka di pasaran kerja. Objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai pekerja yang berkemahiran untuk memenuhi permintaan industri.
Program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan ialah Pengurusan Pejabat, Teknologi Automotif, Binaan Bangunan, Seni Kulinari, Teknologi Kimpalan, Pembuatan Pastri, Juruteknik Eletrik serta Penyelenggaraan satu fasa Penyaman Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC).
Program Diploma yang ditawarkan ialah Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Teknologi (kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perakaunan (kerjasama dengan UTM), Pengurusan Harta Tanah (kerjasama dengan UTM), Sains Komputer (kerjasama dengan UTM). Di samping itu, KTYS juga menawarkan program Asasi Sains hasil daripada kerjasama di antara Kumpulan Yayasan Sabah bersama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sejak tahun 2024, KTYS mula menawarkan program baharu iaitu, Diploma Pengajian Islam yang telah memulakan sesi pertama pada Ogos 2024.
Program diploma akademik yang ditawarkann di KTYS diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); manakala program kemahiran vokasional pulamendapat kelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.ktys.edu.my dan ikuti media sosial rasmi KTYS: Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube @KTYSSabah.