Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

  Company No.: 198801005607 (172964-P)

Pengenalan
Sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada negeri Sabah dan rakyatnya tidak terhad kepada pembangunan pendidikan dan sosial semata-mata. Dalam sektor perdagangan dan perindustrian Kumpulan Yayasan Sabah turut diiktiraf sebagai perintis, pemimpin, inovator, dan fasilitator pertumbuhan.

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) telah diperbadankan pada tahun 1988 sebagai jentera pelaburan, pengurusan dan syarikat pemegang bagi anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Misinya 'Untuk menjadi jentera pelaburan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah buat masa depan yang cerah kepada rakyat Malaysia di Sabah' jelas menyampaikan mesej mengenai komitmen teguh Kumpulan Yayasan Sabah memenuhi objektif korporatnya iaitu menokok tambah usaha kerajaan untuk membawa kemajuan sosioekonomi rakyat Malaysia di Sabah.

Bagi mengekalkan peranannya sebagai penjana utama dana Kumpulan Yayasan Sabah, ICSB telah memperluaskan asas penjanaan pendapatannya daripada sektor perhutanan dan berasaskan kayu kepada pelbagai perniagaan yang lebih produktif seperti pelancongan, agroperladangan, serta minyak, gas dan tenaga.
Objektif
  • Kewangan
    Untuk mencapai keuntungan jangka panjang, membangunkan pertumbuhan aset dan nilai pemegang saham serta mengekalkan kedudukan aliran tunai yang stabil dan mampan.
  • Operasi
    Untuk membangunkan aktiviti pemprosesan hiliran dalam sektor pembuatan serta mencapai tahap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi.
  • Pelaburan
    Untuk membina portfolio pelaburan yang pelbagai secara menegak dan mendatar, dengan pulangan pelaburan yang menguntungkan, berasaskan kekuatan sumber strategik ICSB dalam sektor kayu balak dan tanah, serta disokong oleh pelaburan dalam sektor utama seperti agroperladangan, pelancongan, hartanah, minyak, gas dan tenaga lestari.
  • Pemasaran
    Untuk mencapai pertumbuhan pasaran dan kepelbagaian dalam pasaran tempatan dan antarabangsa bagi semua produk ICSB.
  • Sumber Manusia
    Untuk mencapai tahap kecekapan, keberkesanan, profesionalisme dan integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangan.
  • Penyelidikan dan Pembangunan
    Untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan berasaskan perhutanan, pemuliharaan, agroperladangan dan pelancongan.
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA