PERUTUSAN
PENGARAH YAYASAN SABAH

Selamat datang ke laman web Kumpulan Yayasan Sabah.

Bersandarkan pengalaman luas dalam membina kesejahteraan rakyat Malaysia di Sabah, kami di Kumpulan Yayasan Sabah bertekad memanfaatkan dan berkongsi pengalaman kepada setiap pengunjung laman web ini di samping meneruskan misi organisasi ini tanpa henti.

Laman web ini juga turut berfungsi sebagai rujukan pantas mengenai usaha sosial dan komersial Kumpulan Yayasan Sabah.

Yayasan Sabah, yang kini secara operasi dikenali sebagai Kumpulan Yayasan Sabah merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan dengan objektif menyediakan peluang-peluang serta kemudahan pendidikan kepada rakyat Malaysia di Sabah. Selain itu, organisasi ini juga menyediakan peluang pengagihan sumber ekonomi yang saksama dalam kalangan rakyat negeri ini di samping memberikan bantuan kepada institusi-institusi kebajikan serta mangsa-mangsa bencana alam.

Diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, Kumpulan Yayasan Sabah berusaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat, memajukan sektor ekonomi dan dalam masa yang sama, tidak mengabaikan aspek pemuliharaan alam sekitar.

Melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) iaitu jentera pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah, organisasi ini menceburi pelbagai sektor komersial yang merangkumi industri pelancongan dan hospitaliti, agro perladangan, minyak, gas dan tenaga serta perkilangan. Sejak lebih lima dekad yang lalu, Kumpulan Yayasan Sabah telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan modal insan, komersial dan perindustrian di negeri Sabah.

Berpandukan prinsip persamaan nilai bagi setiap individu, Kumpulan Yayasan Sabah berusaha untuk membantu rakyat negeri ini dalam menjalani kehidupan yang produktif.

Kami berharap agar laman web ini memberikan anda maklumat mengenai organisasi ini, dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau maklum balas daripada anda demi memperbaiki keberkesanan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini.

Terima kasih kerana melayari laman web kami.

YB DATO’ SRI HAJI GULAMHAIDAR @ YUSOF BIN KHAN BAHADAR, JP
Mengenai
  • Perutusan
  • Pengenalan
  • Struktur Korporat
  • Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
  • Mantan-Mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
  • Mantan-Mantan Pengarah Yayasan Sabah
  • Mantan-Mantan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah
  • Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Mantan-Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Barisan Pengurusan
  • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
  • Logo Korporat
  • Lagu Korporat
  • Menara Tun Mustapha
  • Visi / Misi
  • Objektif
  • Peranan
  • Fungsi
  • Nilai-Nilai Teras
  • Pencapaian
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 326 625
(Kewangan ICSB)
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA