Pendidikan
Program pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah bertujuan untuk melengkapi dan menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan kemudahan pendidikan untuk rakyat di Sabah. Program ini pada dasarnya meliputi pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pengajian tinggi.

Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS), yang menghimpunkan semua penaja utama pendidikan di negeri ini di bawah satu platform termasuk Kumpulan Yayasan Sabah. PTPS merupakan inisiatif baharu di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bertujuan memperkasa dan memudahkan penyaluran bantuan kepada rakyat Sabah, khususnya di peringkat pengajian tinggi, melalui kerjasama antara badan penaja utama dan penyedia bantuan pendidikan di negeri ini.

Portal itu melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah dan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), serta agensi yang menyediakan bantuan pendidikan seperti Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. Melalui PTPS, permohonan tajaan disepadukan menjadi satu platform bagi memastikan bantuan disalurkan dengan cepat dan berkesan.

Perkembangan Kanak-Kanak
Kumpulan Yayasan Sabah merupakan salah satu peneraju pembangunan pendidikan di Sabah yang bermula di peringkat prasekolah. Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak menawarkan program prasekolah seperti taska, tadika dan kelas transisi untuk memastikan peningkatan pendidikan prasekolah, pertumbuhan serta perkembangan awal kanak-kanak (1-12 tahun) khususnya di negeri Sabah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah tuisyen untuk sekolah rendah dan program sokongan untuk kanak-kanak tadika/sekolah rendah.

Sejak tahun 2000, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerbitkan buku bacaan/bergambar kanak-kanak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (rumi, jawi dan terjemahan dalam Bahasa Arab). Pada tahun 2012, DVD koleksi lagu kanak-kanak telah dihasilkan. Buku Panduan Penubuhan Pusat Prasekolah juga telah diterbitkan pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2024, Kumpulan Yayasan Sabah sekali lagi telah menerbitkan buku sendiri iaitu "Big Book" dan Buku Aktiviti Prasekolah untuk peringkat KG1 dan KG2. Tujuan penerbitan buku ini adalah untuk diguna pakai sebagai bahan bacaan murid-murid Tadika Ria, khususnya dan murid-murid prasekolah, amnya.

Biasiswa dan Pinjaman
Komitmen Kumpulan Yayasan Sabah terhadap pembangunan pendidikan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak. Sejak tahun 1968, pelbagai bentuk tajaan pendidikan telah ditawarkan, termasuk biasiswa dan pinjaman pelajaran untuk peringkat menengah dan pengajian tinggi. Tajaan ini merangkumi Bantuan Menengah Yayasan Sabah, Biasiswa Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia, serta Program Pertukaran Pelajar Sabah/Sarawak & Biasiswa Penempatan Pelajar Luar Bandar ke Bandar.

Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan Biasiswa Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia kepada pelajar-pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di bawah Program Pertukaran Sabah/Sarawak, Kumpulan Yayasan Sabah menawarkan biasiswa kepada pelajar dari Sarawak untuk melanjutkan pengajian menengah mereka di sekolah berasrama terpilih di Sabah, manakala Yayasan Sarawak pula menyediakan tajaan serupa kepada pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pelajaran menengah di Sarawak. Manakala Penempatan Pelajar Luar Bandar ke Bandar pula menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari kawasan luar bandar Sabah untuk melanjutkan pengajian menengah di sekolah MRSM dan Sekolah Menengah Sains. Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah pula diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas kejayaan mereka dan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Biasiswa dan pinjaman pengajian turut ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang-bidang yang terpilih mengikut keperluan tenaga kerja di negeri ini. Kelayakan adalah berdasarkan pencapaian akademik dan pendapatan ibu bapa, serta keutamaan diberikan kepada pelajar yang berasal dan menetap di Sabah.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS)
Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah menyediakan tajaan kepada pemohon yang layak sejak tahun 2022 di bawah tema "Peluang Tajaan untuk Semua."

TPNS merupakan inisiatif yang bertujuan memperkasakan agenda pendidikan di Sabah. TPNS telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, pada 2 Jun 2022.

Tabung pendidikan ini diwujudkan bagi menyokong pelajar kurang berkemampuan dari Sabah, khususnya mereka yang berasal daripada golongan isi rumah B40, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. TPNS ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi Strategik Kumpulan Yayasan Sabah 2015–2023 bagi menyediakan lebih banyak peluang tajaan kepada anak-anak Sabah yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Program Kerjaya dan Kaunseling
Program ini dianjurkan setiap tahun melalui seminar, bengkel dan perkhemahan di tempat terpilih di seluruh negeri Sabah. Kumpulan sasar bagi program terdiri daripada pelajar, guru, ibu bapa dan orang awam.

Penceramah jemputan daripada agensi berkaitan dan institusi pengajian tinggi terkemuka dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi, komunikasi berkesan, pembuatan keputusan, dan pemilihan kursus pengajian yang sesuai kepada kumpulan sasar.

Asrama
Sejak tahun 1972, Kumpulan Yayasan Sabah telah membina asrama di pelbagai daerah di negeri ini bagi membolehkan pelajar luar bandar bersekolah di kawasan bandar. Dengan peningkatan kemudahan infrastruktur, khususnya sistem jalan raya dan kewujudan sekolah menengah yang menyediakan kemudahan penginapan, asrama luar bandar yang dikendalikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah telah dihentikan secara berperingkat.

Kini, hanya dua asrama daerah yang sedang beroperasi, iaitu Keningau dan Sipitang.

Kolej Teknologi Yayasan Sabah

Misi Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) adalah untuk menyokong dan melengkapkan usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Sabah melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

KTYS ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan akses pendidikan berteraskan akademik serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti tinggi; melahirkan graduan yang inklusif, berdaya saing, berketerampilan, sertta membentuk sistem tadbir urus yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

Bagi mencapai objektif tersebut, KTYS menjalin perkongsian pintar dengan pakar industri, institusi pendidikan dan latihan yang berkaitan. Dalam usaha membangunkan modal insan, KTYS turut bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja.

Sehubungan dengan itu, KTYS telah mengambil pendekatan baru dalam pendidikan dengan mengguna pakai pendekatan yang berasaskan latihan kompetensi dengan menyediakan latihan pelajar dan menempatkan mereka di pasaran kerja. Objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai pekerja yang berkemahiran untuk memenuhi permintaan industri.

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan ialah Pengurusan Pejabat, Teknologi Automotif, Binaan Bangunan, Seni Kulinari, Pembuatan Pastri, Teknologi Kimpalan, Juruteknik Eletrik serta Penyelenggaraan satu fasa Penyaman Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC).

Program Diploma yang ditawarkan ialah Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Teknologi (kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perakaunan (kerjasama dengan UTM), Pengurusan Harta Tanah (kerjasama dengan UTM), Sains Komputer (kerjasama dengan UTM). Di samping itu, KTYS juga menawarkan program Asasi Sains hasil daripada kerjasama di antara Kumpulan Yayasan Sabah bersama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sejak tahun 2024, KTYS mula menawarkan program baharu iaitu, Diploma Pengajian Islam yang telah memulakan sesi pertama pada Ogos 2024.

Program diploma akademik yang ditawarkann di KTYS diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); manakala program kemahiran vokasional pulamendapat kelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktys.edu.my dan ikuti media sosial rasmi KTYS: Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube @KTYSSabah.

University College Sabah Foundation
Seiring dengan pembangunan Negeri Sabah menjadi sebuah negeri maju, pendidikan turut menjadi keutamaan bagi kebanyakan ibu bapa dan pelajar. Penubuhan University College Sabah Foundation (UCSF) menambah kepada kejayaan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengembangkan peranannya dalam bidang pendidikan. Dijenamakan sebagai "Universiti Hijau", UCSF percaya bahawa generasi akan datang perlu bergantung kepada pemahaman yang mendalam tentang isu-isu semasa yang saling berkaitan dan menggunakannya sebagai panduan ke arah pembangunan mapan.

UCSF menawarkan pelbagai program akademik dan latihan yang penting kepada ekonomi Sabah dan Malaysia. Sebanyak 17 program ditawarkan di bawah empat fakulti yang tersendiri: Fakulti Perniagaan dan Keusahawanan, Fakulti Seni Kreatif dan Multimedia, Fakulti Sains Semula Jadi, dan Kemapanan dan Fakulti Pembangunan dan Pengajian Pelbagai Budaya.

Program-program yang ditawarkan termasuklah kursus asasi, diploma dan ijazah. Di samping itu, UCSF juga menawarkan Asasi Sains serta Ijazah dalam Konservasi dan Pengurusan Sumber Mapan.

UCSF menawarkan pendidikan yang menarik, relevan dan kontemporari. Pelajar-pelajar dibekalkan dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat abad ke-21, di mana mereka belajar untuk mencari dan mentafsirkan maklumat, melibatkan diri sebagai warga global yang altruistik, lengkap dengan pengetahuan dalam pelbagai disiplin untuk menjadi seorang profesional serba boleh.

Pendekatan pembelajaran di UCSF adalah kontemporari dengan menggabungkan pembelajaran secara konvensional dan on-line bagi memenuhi keperluan semasa golongan belia yang celik teknologi. Bengkel dan latihan yang diadakan melibatkan rakan institusi dan perindustrian serta sekutu profesional UCSF.

Terletak secara strategik di Sembulan, di tengah-tengah Bandar Raya Kota Kinabalu, UCSF menawarkan persekitaran kampus yang kondusif dan moden dengan kemudahan yang lengkap dan sebuah asrama yang terletak hanya bersebelahan dengan kampus utama.

UCSF berhasrat untuk menjadi sebuah institusi butik pengajian tinggi yang menawarkan program-program pengajian dan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian biologi, alam sekitar dan pemuliharaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ucsf.edu.my atau lawati laman rasmi facebook kami di www.facebook.com/ucsfmalaysia

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA