Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah dirasmikan pada 6 Jun 1980 bagi memperingati sumbangan dan perjuangan Allahyarham Tun Haji Mohd. Fuad Stephens untuk membangunkan dan meningkatkan taraf kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, terutamanya dalam meningkatkan bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Bagi mengelakkan pertindihan fungsi dengan Perpustakaan Negeri Sabah dan perpustakaan akademik lain di Sabah, penubuhan perpustakaan penyelidikan ini direalisasikan melalui inisiatif Jabatan Penyelidikan Yayasan Sabah ketika itu dengan sokongan sebuah jawatankuasa sementara yang dianggotai oleh wakil daripada Ketua Perpustakaan Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA), Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah dan Muzium Negeri Sabah.

Perpustakaan ini berfungsi sebagai pusat sumber yang unik di Asia Tenggara yang mampu menyalurkan maklumat dalam pelbagai bidang terutamanya topik berkaitan dengan Borneo, sama ada terus daripada sumber sendiri atau dari perpustakaan lain. Perpustakaan ini juga berfungsi sebagai rujukan, maklumat dan sumber penyelidikan terutamanya untuk Kumpulan Yayasan Sabah, pembuat dasar dan perancang kerajaan, kumpulan profesional serta para pelajar pelbagai peringkat pendidikan.

Selaras dengan objektif Kumpulan Yayasan Sabah, perpustakaan ini berusaha memperbaiki perkhidmatannya untuk memenuhi permintaan maklumat para pengguna. Dengan staf yang terlatih, peralatan moden dan persekitaran yang mesra, perpustakaan ini menyediakan koleksi maklumat yang pelbagai dan teratur untuk semua pengguna.

Pada tahun 2023, perpustakaan ini telah berjaya beralih daripada Virtua ILS kepada KOHA ILS sebagai Sistem Perpustakaan Bersepadu (ILS) yang baharu. Usaha strategik ini selaras dengan matlamat perpustakaan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah pusat sumber utama di Borneo.

Perpustakaan ini terbuka kepada orang awam dengan yuran keahlian yang minimum untuk pendaftaran peminjaman buku.

Maklumat Perhubungan
Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Beg Berkunci 190
88996 Kota Kinabalu, Sabah
MALAYSIA

Telefon No.: +(60) 88 326300 / +(60) 88 326489
E-mel: library@ysnet.org.my
Laman Web: www.yayasansabahgroup.org.my
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi - 5:00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: Tutup

Pautan Perpustakaan
KOHA OPAC
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • AgroPerladangan
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perhutanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 255589
(Latihan Industri)
+(60) 88 421127
(Biasiswa/Dermasiswa)
+(60) 88 421123
+(60) 12 303 8910
+(60) 17 995 8910
+(60) 88 421126
(Pinjaman Pengajian Tinggi)
+(60) 88 421125
+(60) 12 242 8910
+(60) 88 434 195
(Perundangan - Pendidikan)
+(60) 17 862 8910
+(60) 12-617 9164
(Tabung Pendidikan Negeri Sabah)
+(60) 12-515 9164
+(60) 12-613 9164
+(60) 16-828 6125
(Pungutan Pinjaman Pengajian)
+(60) 10-955 6977
+(60) 10-236 6967
+(60) 88 326 625
(Kewangan ICSB)
+(60) 88 435112
(Perkara-Perkara Lain)
jobapplication@ysnet.org.my  (Sumber Manusia)
+(60) 88 213227
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11201
88813 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Wisma Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA