Makluman Serangan Siber Ransomware

Kepada Semua Warga kumpulan Yayasan Sabah

Kita semua sudah maklum dengan ancaman siber ransomware yang dikenali dengan nama 'WannaCry' yang kini sedang meluas dan telah menular ke lebih 150 buah negara termasuk Malaysia. Antara sistem-sistem perkhidmatan yang dilumpuhkan akibat jangkitan WannaCry ini ialah hospital, kewangan, syarikat-syarikat tenaga, makmal universiti dan banyak lagi.

Ransomeware WannaCry (nama teknikal lain: WCry, WannaCry, WannaCryp0r, WannaCrypt, WanaDecrypt0r, WanaCrypt0r 2.0) ini jika komputer anda berjaya dijangkiti akan memudaratkan penggunaan komputer anda kerana komputer anda telah dikunci melalui kaedah enkripsi. Komputer anda hanya digunakan selepas membuka enkripsinya setelah membayar wang tebusan (sebab itulah dinamakan ransomware dan Cry bukanlah menangis tetapi merujuk kepada perkataan enCRYption) sebanyak USD$300.00.

Diajukan lampiran fail 'pautan dibawah' dalam bentuk format pdf (serta gambar sampel) yang menerangkan maksudnya sendiri termasuk kaedah penyelesaian dan pencegahan seterusnya meminimakan jangkitan WannaCry ini. Juga dilampirkan contoh-contoh paparan skrin jangkitan ransomeware ini untuk tatapan dan perhatian masing-masing.

Kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih demi untuk menjaga imej Kumpulan Yayasan Sabah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui emel kami : ysinfo@ysnet.org.my.

Lampiran fail
Contact Us

Telephone: +(60) 88 326300
Facsimile: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my
Address: Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA