Program Zon
Program Zon merangkumi program teras dan program sokongan. Program teras ialah Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah yang merangkumi tiga buah program iaitu program motivasi , kelas tuisyen dan program pengayaan. Manakala, program sokongan terdiri daripada Biasiswa Menengah Yayasan Sabah dan Program Latihan Kraftangan.Program Teras - Program Kecemerlangan Pelajar
Program Motivasi Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi pelajar sekolah melalui seminar-seminar motivasi di samping menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah. Program ini juga diharap dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar terutamanya pelajar tahun lima dan enam di peringkat sekolah rendah dan pelajar tingkatan empat dan lima di peringkat sekolah menengah. Kelas Tuisyen Program ini dilaksanakan bagi membantu meningkatkan prestasi para pelajar di peringkat sekolah menengah di samping menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah. Sasaran adalah kepada para pelajar tingkatan empat dan lima. Program Pengayaan Program ini dilaksanakan untuk menanam semangat dan nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar berpotensi. Selain itu, ia diharap dapat membantu mengembangkan sahsiah dan jati diri setiap pelajar, di samping meningkatkan prestasi pelajar khususnya berkaitan dengan aktiviti bukan akademik. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah yang menganjurkan pertandingan seperti pengucapan awam, berbalas pantun sama ada di peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri.
Program Sokongan
Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) BMYS diberikan kepada pelajar di tingkatan satu hingga tingkatan enam atas terutamanya yang berpendapatan rendah. Melalui bantuan kewangan ini, Kumpulan Yayasan Sabah berharap dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa para pelajar dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar. Program Latihan Kraftangan (PLK) PLK - Seni Kraf Lanjutan 2020 dilaksanakan melalui enam buah pejabat Zon Kumpulan Yayasan Sabah berdasarkan kemahiran dan sasaran masyarakat di kawasan setempat. PLK 2020 memberi penekanan kepada program pengukuhan, perkembangan dan peningkatan kumpulan sasar. Selain itu, PLK secara in-situ diteruskan pelaksanaannya dengan menggunakan prasarana setempat agar dapat memaksimumkan penglibatan ramai pelatih dari seluruh Sabah. Kursus-kursus jangka pendek ini dilaksanakan di tempat yang ditentukan oleh pejabat Zon dengan kerjasama Pusat Kraftangan Sabah.