Pelancongan
Sejajar dengan hala tuju Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya ke industri pelancongan.

STAR – Percutian Tropika Yang Menakjubkan

Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), (Kumpulan Yayasan Sabah memegang 60% ekuiti) merupakan hotel terkemuka bertaraf lima bintang yang terletak di kawasan 25 ekar dengan landskap taman yang cantik dan teluk persendirian menghadap Laut China Selatan.

Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, STAR merupakan sebuah hotel yang mewah, tempat percutian yang tenang dan merupakan pilihan yang tepat untuk percutian tropika yang menakjubkan.

Terdapat enam buah restoran dan bar termasuklah sebuah restoran Itali, restoran Cina, Coco Joe's Bar & Grill serta Café TATU, yang merupakan restoran kontemporari menampilkan sarapan pagi dan makan malam bufet berkonsepkan dapur terbuka.

Pulihkan tenaga dan sejukkan diri di Cool Box Ice-Cream Bar ataupun berkelana ke Sunset Bar untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Kota Kinabalu sebelum menikmati minuman dan keindahan pemandangan malam di Borneo Lounge and Bar.

Secara eksklusif dimiliki dan dikendalikan oleh pihak resort, STAR Marina menyediakan perkhidmatan sukan air profesional, perkhidmatan bot dan kemudahan pelayaran dan juga kursus menyelam. Terletak di dalam kawasan resort, STAR Marina menawarkan tetamu akses yang mudah ke pulau-pulau yang berdekatan untuk lawatan sehari dan aktiviti pantai.

Resort ini telah memenangi pelbagai anugerah berprestij iaitu: -

Resort ini menempatkan Clownfish Discovery Centre yang terdiri daripada tiga bahagian yang berasingan: tangki terumbu, tangki pembiakan, tangki anak ikan dan kolam sentuh. Kemudahan ini bertujuan untuk mendidik pelawat dan masyarakat setempat mengenai Ikan Clownfish dan pelbagai spesies hidupan laut yang menarik, serta ancaman yang dihadapi oleh hidupan laut di perairan tropika.

Accolades & Achievements

  • Booking.com – Guest Review Award – Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa (8.6 out of 10)
  • The Wedding Vows https://www.theweddingvowsg.com – Top 10 Most Romantic Malaysia Honeymoon Destinations (2020 Guide)
  • Hotels.com – Loved by Guest Award – Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa (8.8 out of 10)
  • Bureau Veritas Audit – Safeguard and Hygiene Excellence and Safety Label
  • Ministry of Tourism, Arts and Culture of Malaysia – Five-star award
  • TripAdvisor – Travellers’ Choice 2020
  • TripAdvisor – Rave Reviews Award 2020
  • TripAdvisor – Bravo Award 2020
  • Holidays With Kids – Readers’ Choice Top 10 Awards 2019 – Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa
  • Holidays With Kids – Readers’ Choice Top 10 Awards 2018, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2019
  • Booking.com – Guest Review Awards, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa (8.6 out of 10) 2019
  • Heffx Australia – Top 10 best hotels in Malaysia, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2019
  • Hotels.com – Loved by Guest Award, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa (8.6 out of 10) 2019
  • Ctrip – Top Service Quality Award 2019
  • TripAdvisor – Certificate of Excellence, Peppino of Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2019
  • TripAdvisor – Bravo Award 2019
  • TripAdvisor – RaveReviews Award 2019
  • Sabah Tourism Awards – Best Wellness Experience – Hotel/Resort, Chi, The Spa of Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2019
  • TripAdvisor Certificate of Excellence-Peppino of Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2018
  • TripAdvisor Certificate of Excellence-Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa 2018
  • TripAdvisor Bravo award 2018
  • TripAdvisor Rave Review Award 2018
  • Ministry of Health and People’s Well-being’s award for Persons-With-Disabilities (PWD) Employer 2018
  • Holidays with Kids’ (AUS) Readers’ Choice Top 10 Awards 2018
  • Sabah Society of the Deaf’s Persons With Disabilities Employer 2018 Award
  • Yayasan Sabah Board of Trustees Chairman's Trophy 2014, 2015, 2016 and 2017
  • Yayasan Sabah Board of Trustees Chairman's Award - The Most Outstanding Company 2014, 2015, 2016 and 2017
  • Yayasan Sabah Group Outstanding Award (Core Business Category - Tourism Sector) 2014, 2015, 2016 and 2017
  • Sabah Tourism Awards 2017-CHI, The Spa
  • 2017 Love By Guests, Hotels.com
  • Guests’ Choice Award, Booking.com
  • Best Restaurant 2017-Pepinno, Malaysia Tattler
  • Excellent in Dining Award 2017-Shang Place, Chaine Des Rotisseurs
  • TripAdvisor - Certificate of Excellence 2016 and 2017
  • TripAdvisor - Travellers' Choice Awards 2016 and 2017
  • TripAdvisor-Bravo!
  • TripAdvisor-Recommended
  • Trip Advisor-Rave Reviews
  • Top 1 Per Cent Hotel in the World - Winner of the 2016 TripAdvisor Travellers' Choice Awards for Hotel
  • ASEAN Tourism Standard - ASEAN Green Hotel Standard 2016-2018, Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa classified as Green Hotel
  • CTrip - Guests' Favourite 2015
  • Booking.com Guest Review Award 2015 - Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa
  • Booking.com Outstanding Support 2015 - Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa
  • Expatriate Lifestyle Magazine's Best of Malaysia Award 2015 - Best Family Stay
  • Malaysia Tatler's Best Restaurant 2015 - Peppino
  • Prime Minister's Hibiscus Award 2014/2015 - Notable Achievement in Environmental Performance
  • Best Fine Dining Restaurant Award 2014/2015 (Peppino) - Bailliage de Sabah Chaine des Rotisseurs
  • TripAdvisor Certificate of Excellence - Hall of Fame, STARS
  • Rakutan Travel Award 2014 - STARS receives Golden Award
  • Ministry of Tourism and Culture Malaysia - CHI, The Spa classified as a 5-star facility
  • Booking.com 2014 Award of Excellence - STARS
  • Agoda.com 2014 Gold Circle Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - Sunset Bar
  • Holidays with Kids - Best Family Resorts in Malaysia 2014
  • Malaysia Tatler's Best Restaurant 2014 - Peppino
  • Guest Review Score 2013 - STARS
  • Best of Blue Fellowship Award - STARS
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels for Service in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Luxury Hotels in Malaysia
  • Conde Nast World Savers Award 2013 - Runner Up
  • Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Award 2013 - Best Family Stay Excellence Award
  • TripAdvisor Certificate of Excellence - Hall of Fame, STARS
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shangri-la.com/kotakinabalu/tanjungaruresort/
BRL – Tempat Peranginan Bertaraf Lima Bintang

Borneo Rainforest Lodge (BRL) dimiliki dan diurus oleh Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. (IJL). Sepanjang tempoh operasinya, BRL yang terletak dalam Kawasan Konservasi Lembah Danum seluas 43,892 hektar di daerah Lahad Datu ini telah memenangi pelbagai anugerah untuk kategori pelancongan. Kawasan Konservasi Lembah Danum pula mempunyai biodiversiti yang mengagumkan, dengan lebih daripada 200 spesies pokok setiap hektar, lebih 300 spesies burung dan 122 spesies mamalia. Lembah Danum juga berstatus sebagai kawasan “Important Birds Area” (IBA) yang merupakan kawasan penting untuk pemuliharaan burung dan biodiversiti.

Pelawat-pelawat ke BRL akan disambut di pejabat cawangan Lahad Datu sebelum dihantar ke BRL dengan perjalanan yang mengambil masa dua jam 30 minit. Pesawat MASWings berulang alik dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu setiap hari manakala alternatif lain untuk sampai ke Lahad Datu ialah melalui jalan darat dari Sandakan, Tawau dan juga Kota Kinabalu.

Aktiviti yang boleh dilakukan di BRL termasuk merentas hutan, bermain tiub di dalam sungai (river tubing) serta pemanduan malam (night drive) untuk melihat haiwan. Selain itu, antara tarikan lain buat pengunjung ialah berjalan di laluan kanopi yang telah memenangi banyak anugerah, berkunjung ke tapak kuburan lama Coffin Cliff dan melihat pemandangan yang indah di Viewpoint dan Fairy Fall. Semua aktiviti dikoordinasi dan disesuaikan mengikut kecergasan dan pilihan tetamu. Sama ada berjalan di trek hutan seharian mahupun berjalan dengan santai di trek yang rata, setiap aktiviti pasti memberi pengalaman yang unik.

Pengalaman di BRL sememangnya mempesonakan dengan keanggunan alam semula jadi yang tidak ternilai, hutan dara yang dihuni flora dan fauna serta suasana yang nyaman dan tenang. Dengan pemandu pelancong kami yang profesional, peluang untuk melihat tumbuhan dan haiwan-haiwan liar seperti Tupai Terbang Merah (Red Giant Flying Squirrels), Burung Enggang, Lutong Merah, Binturong, Kulat Bercahaya (Glow-in-The-Dark Fungus), Babi Janggut (Bearded Pig), Rusa Unicolor, Orang Utan Borneo dan lain-lain adalah lebih tinggi.

Dengan 30-unit chalet berasingan yang dilengkapi tandas, BRL dapat menempatkan 60 orang pelawat pada satu-satu masa. Chalet-chalet dalam kategori Premium Villa dan Premium Deluxe mempunyai kelengkapan penghawa dingin untuk keselesaan maksima. BRL menggalakkan pengunjung untuk tinggal selama empat hari dan tiga malam bagi menghargai sepenuhnya kepelbagaian biodiversiti hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini sambil merehatkan diri dengan menikmati perkhidmatan urutan tradisional Borneo di spa.

BRL memegang erat prinsip kemampanan dan mesra alam dalam semua aspek dari seni reka bangunan sehingga sistem operasi harian. Malah, kelengkapan tandas seperti jel mandi dan syampu yang disediakan adalah diperbuat daripada buah-buahan dan bahan semula jadi tanpa kandungan kimia. Pengasingan sisa buangan dilakukan dengan teliti setiap hari untuk memastikan sampah dikitarkan semula mengikut kategori dan sisa organik akan dijadikan bahan kompos. Kami di BRL mengendalikan kesedaran ‘Green Practice’ di sekolah-sekolah tempatan untuk memberi penekanan kepada generasi muda tentang pentingnya amalan pemuliharaan alam, kitar semula dan pemeliharaan ekosistem bumi kita.

BRL telah dianugerahkan:-

  • Sabah Tourism Awards 2019 Excellence in Hotel Services – Nature Lodges
    (Borneo Rainforest Lodge)
  • Trip Advisor Certificate of Excellence 2011-2019 winner
    (Borneo Rainforest Lodge)
  • Tripadvisor Certificate of Excellence 2011-2018 winner
    (Borneo Rainforest Lodge)
  • Malaysia Tourism Awards 2016/2017
    Best Hotel Services 3-STAR (RESORT) (Borneo Rainforest Lodge)
  • PATA Tourism InSPIRE Awards
    Winner 2015 of Best Responsible Tourism Destination (Borneo Rainforest Lodge)
  • TripAdvisor Certificate of Excellence 2015 Hall of Fame
    (Borneo Rainforest Lodge)
  • Malaysia Tourism Awards 2012/2013
    Best Hotel Services -3 STAR & Below
    (Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley, Sabah)
  • Malaysia Tourism Awards 2012/2013
    Best Tourist Attraction - Natural Attraction/Eco-Tourism/Agro Tourism
    (Borneo Rainforest Lodge Danum Valley, Sabah)
  • 27th ASEANTA Awards for Excellence 2013
    Best ASEAN New Tourist Attraction
    Canopy Walkway at Danum Valley Conservation Area
  • Sabah Tourism Awards 2009
    Excellence in Hotel Services- Nature Lodge
    (Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley)
  • Sabah Tourism Awards 2009
    Best Tourism Attraction -Nature
    (The Canopy Walkway, Borneo Rainforest Lodge Danum Valley)

Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. (BNT) merupakan syarikat pengendali pelancong yang memberi pengkhususan dalam program-program pelancongan dan pengembaraan alam semula jadi di Sabah. BNT mempunyai pejabat di Lahad Datu dan Kota Kinabalu bagi mengendalikan operasinya di Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah. BNT merupakan jentera pemasaran dan satu-satunya syarikat yang mengurus pelancong ke Borneo Rainforest Lodge.

BNT juga mengendalikan aktiviti trek ke Lembangan Maliau yang juga dikenali sebagai Sabah's Lost World. Produk dan perkhidmatan lain termasuklah pelancongan kembara dan alam semula jadi, pengalaman pelancongan pacuan empat roda, pelancongan mengikut permintaan, perkhidmatan sokongan M.I.C.E, pakej perkahwinan dan berbulan madu, urusan hotel dan resort di Sabah dan pengendalian ketibaan dan pelepasan pelancong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.borneonaturetours.com
USUKAN COVE - Laluan Keajaiban Aktiviti Menyelam

Usukan Cove merupakan kawasan teluk di pantai Kota Belud berdekatan dengan Kuala Abai di mana terletaknya jeti ke Pulau Mantanani. Perjalanan ke lokasi ini hanya mengambil masa sejam setengah dari Kota Kinabalu dengan pemandangan sawah padi, kawasan luar bandar dan Gunung Kinabalu yang megah.

Usukan Cove dianugerahkan dengan pelbagai tarikan alam semula jadi, kaya dengan batu karang dan hidupan marin, pantai berpasir putih serta air laut yang bersih memutih dan menenangkan. Dengan persekitaran yang bersih dan tenang, Usukan Cove bukan sahaja merupakan destinasi percutian santai tetapi juga merupakan pintu masuk ke keajaiban aktiviti menyelam di Sabah.

Pulau Pandan Pandan terletak di sebalik kawasan Usukan Cove yang tenang dan sunyi. Perjalanan ke pulau ini hanya memakan masa selama 10 minit dengan menggunakan bot dari Usukan Cove Lodge. Dengan kedudukannya yang terletak berhampiran daratan, pulau ini memikat hati para pengunjung dengan keindahannya. Dengan lokasi yang amat strategik, para pengunjung ke pulau milik persendirian ini dapat beriadah sambil menikmati pelbagai aktiviti sukan laut, berenang di laut tenang mahupun berehat di pantai berpasir putih.

Pulau Pandan Pandan menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berehat di kawasan yang nyaman dan suasana bersifat peribadi. Pulau ini dikelilingi terumbu karang yang masih kekal dalam keadaan semula jadi dengan kepelbagaian haiwan marin yang mendiami lantai lautnya. Pelancong ke pulau ini yang datang dengan tujuan untuk menyelam berpeluang melihat keindahan hidupan laut.

Bagi penggemar aktiviti menyelam yang berminat untuk menikmati keindahan Pulau Pandan Pandan, syarikat milik penuh Kumpulan, Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. (ITTS) menjalankan lawatan harian ke pulau ini.

Sebagai salah sebuah pemain utama dalam industri pelancongan di Sabah yang menyediakan rangkaian perkhidmatan di bawah jenama 'SABAH HOLIDAYS,' ITTS mengendalikan pangkalan pelayaran sungai di bawah jenama Le Cruise De Kota Belud di Kg. Tamau, Kota Belud. Perkhidmatan ini dapat menampung sehingga 100 orang sehari untuk perjalanan pelayaran tersebut. Le Cruise De Kota Belud mempamerkan tanah lembap Kota Belud. Di sini anda boleh menemui salah satu ikon negeri Sabah, iaitu Monyet Belanda. Pelayaran ini bermula di sepanjang Sungai Tempasuk di mana pelawat disambut oleh pemandangan megah Gunung Kinabalu. Sejurus selepas itu, pandangan mengasyikkan sekumpulan Monyet Belanda yang bergayut dari pokok ke pokok di sepanjang sungai itu. Untuk pengalaman yang lebih istimewa, jangan lupa untuk membawa teropong anda untuk melihat pemandangan yang mengasyikkan ini.

Panorama kampung di sepanjang pelayaran juga akan turut membuat anda terpesona. Dalam pelayaran selanjutnya, satu lagi pemandangan dramatik menanti iaitu suasana apabila masuk masa matahari terbenam. Jika bernasib baik, lawatan anda akan menjadi lebih seronok biarpun hujan renyai-renyai kerana pelangi yang tersergam indah akan muncul di kaki langit. Untuk pelayaran kedua melalui Sungai Nanamun, pengalaman melihat lampu-lampu berkelipan yang dihasilkan oleh Kunang-Kunang bakal menerangi perjalanan dan membuatkan anda terpesona.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sabahholidays.com

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan Agro
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA