Agropeladangan
Benta Wawasan Sdn. Bhd. (BWSB), terlibat dalam industri perladangan sawit di Tawau dan memulakan penanaman pertamanya pada tahun 2005.

Kawasan penanaman sawit matang setakat ini adalah seluas 25,210.25 hektar dengan purata profil umur daripada enam hingga 14 tahun. Semua estet dinamakan sempena spesies pokok berharga di Malaysia seperti agathis, belian, binuang, kapur, ramin, selangan batu, gaharu, keruing, menggaris, merbau dan seraya.

Pengeluaran FFB syarikat untuk 2018 ialah sebanyak 447,688.20 tan metrik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bentawawasan.com.my

Sabah Softwoods Berhad (SSB), ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai syarikat usaha sama yang dimiliki 70% oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Perladangan kayu industri dan kelapa sawit merupakan aktiviti utama syarikat ini. Manakala daripada segi aktiviti hiliran, SSB turut mengusahakan kilang minyak kelapa sawit dan operasi kilang serpai. Dengan mempunyai kawasan seluas 60,600 hektar di Tawau iaitu di Brumas (41,500 hektar) dan Kalabakan (19,100 hektar), SSB telah membuka peluang perniagaan komersial yang berdaya maju khususnya dalam sektor perladangan kayu dan kelapa sawit.

Pada masa ini, lebih kurang 26,800 hektar tanah milik SSB telah ditanam dengan kelapa sawit. SSB bercadang untuk memperluaskan kawasan kelapa sawit sehingga 33,000 hektar. Kawasan ladang kelapa sawit telah dianugerahkan pensijilan Kelestarian Minyak Sawit Malaysia (MSPO) pada tahun 2016. Standard ini memberi pengiktirafan kepada keperluan pengeluaran yang mapan di sepanjang rantaian bekalan dengan menambah baik dan mengekalkan amalan operasi. Dengan pensijilan MSPO, sektor kelapa sawit di SSB telah mencapai keperluan dan jangkaan pasaran berasaskan komitmen syarikat untuk menghasilkan produk yang mapan.

Kilang Minyak Mentah Kelapa Sawit (CPO) Dumpas merupakan kilang CPO pertama SSB. Kilang ini mempunyai keupayaan mengendalikan 60 tan metrik Buah Tandan Segar (FFM) sejam. Kilang kedua SSB iaitu CPO Kapilit telah memulakan operasinya pada bulan Jun 2010 dengan keupayaan pemprosesan kapasiti 90 tan metrik sejam sejak 2013.

Kompleks Kilang Kapilit terus memperbaiki keupayaan dengan menambah Dried Long Fibre Plant dan mewujudkan loji biogas dengan kapasiti 1MW, yang boleh dikembangkan kemampuannya kepada 3MW. Kilang tersebut telah mencapai kesemua keperluan perlesenan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Kilang Serpai SSB mula beroperasi pada tahun 1998 dan aktiviti ini telah menjadikan SSB sebagai pembekal utama kayu serpai dari Malaysia. Kapasiti kilang ialah 100,000 Bone Dry Metric Tons (BDMT) setahun. Kilang serpai ini telah dianugerahkan pensijilan Chain-of-Custody (COC) bagi pengilangan produk kayu serpai jenis Acacia mangium dengan jaminan pengeluaran produk yang diiktiraf dengan pensijilan Forest Stewardship Council (FSC).

SSB merupakan syarikat perladangan kayu industri terbesar di Malaysia dengan pensijilan FSC yang meliputi kawasan seluas 22,900 hektar. Pensijilan FSC yang diiktiraf seluruh dunia adalah bukti ke atas amalan pengurusan yang baik seperti perlindungan persekitaran, penjagaan hutan konservasi yang baik dan menjaga kebajikan sosioekonomi pekerja dan komuniti tempatan secara jangka panjang.

SSB menyokong dan mengamalkan tanggungjawab sosial korporatnya dengan dana berjumlah RM207 juta telah dibelanjakan semenjak 2005 bagi kemudahan perumahan dan infrastruktur. Sebagai pengiktirafan kepada usaha SSB, Ladang Cenderamata dan Ladang Brumas telah menerima anugerah Ladang Bahagia di peringkat kebangsaan untuk tahun 2009 dan 2011 masing-masing. SSB juga menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Sektor Perhutanan) untuk Penanaman Pokok Zon A dan Zon B, Brumas masing-masing pada tahun 2017 dan 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.softwoods.com.my

SAMEL Plantation Sdn. Bhd., merupakan usaha sama di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka melalui subsidiari milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah iaitu B.W. Plantation Sdn. Bhd. Setakat ini, syarikat ini sedang mengusahakan 5,380 hektar ladang kelapa sawit yang terletak di Tawau.

Innoprise Plantations Berhad (IPB) disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 3 Julai 1996. Melalui anak syarikat milik penuhnya, Serijaya Industri Sdn. Bhd., IPB sedang membangunkan 22,763 hektar tanah perhutanan agro yang terletak di Luasong, Tawau sebagai ladang kelapa sawit.

Berpegang kepada keperluan model pembangunan mapan alam sekitar yang ketat, di mana kawasan curam melebihi 20 darjah serta rizab riparian tidak disentuh sebagai jaminan kepada kawasan pemuliharaan biodiversitinya, hanya 12,602 hektar kawasan boleh tanam untuk tujuan ini.

Kawasan seluas 11,990 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit di mana 11,074 hektar sudah pun matang.

Syarikat ini juga telah memulakan operasi kilang minyak sawit untuk pengeluaran 60 tan metrik sejam Buah Tandan Segar (FFM).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.innoprise.com.my

Hap Seng Plantations Holdings Berhad (HSPHB) merupakan syarikat perladangan kelapa sawit yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dengan modal berbayar sebanyak RM800 juta. Kumpulan Yayasan Sabah melalui ICSB merupakan pemegang 15% ekuiti HSPHB. Pelaburan di dalam HSPHB merupakan suntikan 30% ekuiti Jeroco Plantations Sdn. Bhd dan pembelian syer tambahan HSPHB.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hapsengplantations.com.my
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Agropeladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA