Minyak dan Gas

Kumpulan Yayasan Sabah juga telah mempelbagaikan pelaburan komersialnya ke bidang-bidang/sektor-sektor yang lain. Salah satu bidang/sektor tersebut adalah sektor minyak & gas dan sektor tenaga.

SHELL TIMUR SDN BHD

Shell Timur Sdn. Bhd. (STSB) telah ditubuhkan pada Januari 1984 sebagai Shell Marketing Company Borneo Limited. Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai 15 peratus ekuiti dalam STSB.

Aktiviti utama syarikat ini ialah memasarkan produk petroleum untuk Shell di Sabah (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) dan Sarawak. Ia mengendalikan 11 pangkalan petroleum dan menguruskan 166 stesen minyak runcit di kedua-dua negeri.

NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd.

NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd (NRG) telah ditubuhkan pada 18 September 2006 sebagai salah satu anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah. Syarikat ini telah menubuhkan dua syarikat iaitu Kimanis Power Sdn. Bhd., dengan PETRONAS Gas Berhad (PGB) untuk bersama-sama membangun dan mengendalikan loji janakuasa kitaran gas 300MW di Kimanis, Sabah.

Kimanis Power Sdn. Bhd.

Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) telah diperbadankan pada 22 Disember 2008 dengan pegangan saham sebanyak 60 peratus PETRONAS Gas Berhad (PGB) dan 40 peratus dipegang oleh NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. KPSB adalah pemilik Loji Janakuasa Kimanis (Kimanis Power Plant - KPP). Kuasa daripada loji tersebut akan dibekalkan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd dan telah beroperasi sepenuhnya pada 7 November 2014.

Petrosabah Sdn. Bhd.

PetroSabah Sdn Bhd (PSSB) diperbadankan pada 26 Januari 2016. PSSB bertujuan untuk menerajui syarikat-syarikat subsidiari minyak, gas dan tenaga Kumpulan Yayasan Sabah. Dengan misi untuk menjadi penggerak utama kepada sektor Minyak & Gas dan Tenaga melalui kecekapan, kelayakan dan keupayaan, PSSB dijangka menjadi penyumbang pendapatan yang mapan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.

Selaras dengan konsep perniagaan PSSB yang mewujudkan kerjasama pintar dan kerjasama teknologi, PSSB secara aktif bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan asing yang mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk melaksanakan projek besar dan kecil.

Inno Hydropower (B) Sdn. Bhd. dan Inno Hydropower (T) Sdn. Bhd.

Inno Hydro Power (IHB) dan Inno Hdyropower (T) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 29 September 2017. Kedua-dua IHB dan IHT adalah syarikat jentera khas (Special Purpose Vehicle - SPV) untuk melanggan dan melabur dalam ekuiti syarikat loji kuasa bebas yang akan menjalankan pembangunan loji hidro.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA