Pengenalan
Yayasan Sabah, kini secara operasinya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966. Tokoh di sebalik penubuhan Yayasan Sabah ialah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah yang mana wawasan beliau adalah untuk menggalakkan kesedaran Malaysia dalam kalangan rakyat di negeri Sabah. Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama dalam kalangan rakyat negeri Sabah; dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam

Setelah sekian lamanya, Kumpulan Yayasan Sabah mempelbagaikan aktivitinya demi memenuhi keperluan masa kini di samping memelihara hutan dengan baik di bawah jagaannya. Daripada penglibatan awal dalam aktiviti pembalakan kemudian beralih ke pemprosesan hiliran kayu, Kumpulan Yayasan Sabah menceburi perladangan agro, hospitaliti dan pelancongan, perkapalan dan pembangunan hartanah pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Dalam sedekad yang lalu, Kumpulan Yayasan Sabah meneroka bidang bioteknologi dan hortikultur selain perikanan dan industri makanan.

Dalam masa lima tahun yang lalu, bagi memenuhi permintaan global dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, Kumpulan Yayasan Sabah menceburi industri minyak dan gas.

Setelah lebih 50 tahun penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah berkembang maju mencapai objektifnya untuk menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dan juga bagi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menyediakan dana pelancaran untuk Institut Teknologi MARA di Sembulan, Kota Kinabalu pada tahun 1973, yang kini menempatkan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS). Selain itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga berbangga kerana telah memberikan dana pelancaran untuk kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia Sabah di Limauan, Kinarut pada tahun 1974. Pada tahun 1995, Kumpulan Yayasan Sabah telah membina sebuah kampus untuk kegunaan sementara Universiti Malaysia Sabah di Likas, bersebelahan dengan Menara Tun Mustapha. Penubuhan University College Sabah Foundation (UCSF) pada tahun 2013 merupakan satu lagi kejayaan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengembangkan peranannya dalam bidang pendidikan. Dijenamakan sebagai "Universiti Hijau", UCSF berpegang kepada prinsip di mana generasi akan datang perlu bergantung kepada pemahaman yang mendalam mengenai isu-isu berkaitan yang kita hadapi pada hari ini bagi mendapat petunjuk ke arah kehidupan lestari.

Bermula 2019, program Pejabat-pejabat Zon merangkumi program teras dan program sokongan. Program teras ialah Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah yang merangkumi tiga program iaitu motivasi pelajar sekolah, kelas tuisyen dan program pengayaan aktiviti pelajar. Manakala, program sokongan terdiri daripada Biasiswa Menengah Yayasan Sabah dan Program Latihan Kraftangan.

Sebagai penggalak pemuliharaan hutan, Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan lima kawasan konservasi iaitu Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Pesisiran Pantai Silam dan Sungai Taliwas.

Di rantau Asia Tenggara, Kumpulan Yayasan Sabah mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam pengurusan hutan mapan dan pemimpin dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Di samping itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga dikenali di seluruh dunia sebagai pengeksport kultur tisu kayu jati yang berkualiti.

Sebagai obor harapan, Kumpulan Yayasan Sabah sehingga kini kekal sebagai organisasi RAKYAT dan akan terus bergerak maju untuk menjadi antara yang terbaik.
Mengenai
  • Perutusan
  • Pengenalan
  • Struktur Korporat
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Lembaga Pengarah
  • Barisan Pengurusan
  • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
  • Logo Korporat
  • Menara Tun Mustapha
  • Visi / Misi
  • Objektif
  • Peranan
  • Fungsi
  • Nilai-Nilai Teras
  • Pencapaian
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA