Selamat Datang
Yayasan Sabah, kini secara operasinya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966. Tokoh di sebalik penubuhan Yayasan Sabah adalah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah yang mana wawasan beliau adalah untuk menggalakkan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat di Negeri Sabah. Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat Negeri Sabah; dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam. Selanjutnya...
Video Korporat
Borang Dalam Talian
Piagam Pelanggan
Rakan Korporat
Kemudahan
Maklumbalas
Pengumuman
Ramadan Kareem 2023... Selanjutnya
GANGGUAN PANGGILAN MASUK TALIAN SAMBUNGAN – MENARA TUN MUSTAPHA, WISMA INNOPRISE, TASKA RIA & TADIKA RIA DAN KOMPLEKS SUKAN TUN ADNAN
Konsol Telefon Elektronik Kumpulan Yayasan Sabah kini mengalami kerosakan menyebabkan panggilan masuk dan keluar tidak dapat diterima dan disambung ke talian sambungan di seluruh Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah dan Wisma Innoprise.

Penyelenggaraan sedang dilakukan untuk membaiki sistem ini.

Pejabat-pejabat tersebut masih boleh dihubungi melalui talian terus dengan merujuk Direktori Laman Web Kumpulan Yayasan Sabah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kemukakan ke ysinfo@ysnet.org.my
MAKLUMAT BERKAITAN INTEGRITI KUMPULAN YAYASAN SABAH
Kumpulan Yayasan Sabah mewujudkan saluran aduan untuk menerima maklumat berkaitan dengan pelanggaran tatatertib, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa atau jenayah....Selanjutnya

Berita Kumpulan Yayasan Sabah Vol.4 2022 ... Selanjutnya

30 Mac 2023
Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kg. Kijang, Merotai, Tawau...Selanjutnya
31 Mac 2023
Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Laily, Bandar Leila, Sandakan...Selanjutnya
1 April 2023
Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Terelobou, Ranau...Selanjutnya
5 April 2023
Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Falah, Kg. Murni C, Nabawan...Selanjutnya
8 April 2023
Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ubudiah, Kg. Rampai Selatan, Sikuati, Kudat...Selanjutnya

Annual Report 2021 ... Read more
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA