Perhutanan
Selaras dengan penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah diperuntukkan kawasan konsesi bagi mengurus pulangan secara mampan.

Dalam usaha mengurus kawasan tersebut, Kumpulan Yayasan Sabah sedar akan kewajipan untuk menjalankan program-program sosial dan juga tanggungjawab terhadap alam sekitar demi keperluan generasi akan datang.

Ke arah usaha ini, Kumpulan Yayasan Sabah berusaha mengurus kawasan tersebut secara bersepadu dan lestari demi faedah rakyat dalam jangka masa panjang. Oleh itu, amalan pengurusan hutan yang baik akan diteruskan selaras dengan dasar dan peraturan pembangunan hutan negeri dan kebangsaan yang telah dilaksanakan selama ini.

Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa memastikan nilai ekonomi, sosial dan alam sekitar di kawasan hutannya mematuhi piawaian pensijilan hutan yang berkaitan seperti yang disarankan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Sebagai persediaan untuk memperoleh pensijilan hutan, kajian-kajian signifikan seperti High Conservation Value Forest (HCVF), Penilaian Kesan Sosial (SIA), Laporan Alam Sekitar dan Pekerjaan dan Kesihatan dan Pelan Pengurusan Kebakaran Hutan (FFMP) telah diwujudkan dan dilaksanakan.

RBJ merupakan organisasi pertama di Sabah yang telah dianugerahkan Verification of Legal Compliance (VLC) bagi Unit Pengurusan Hutan (FMU) 15 dan 16 dari Rainforest Alliance New York di bawah program Smartwood pada 26 Mei 2010.

Mengetahui kepentingan budaya kerja yang baik, RBJ telah mengambil langkah dengan menyertai Program Mentor-Mentee di bawah Rancangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) MP 15 yang diwujudkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada tahun 2015. Dalam program ini, JKKP telah melantik RBJ sebagai mentor dan kontraktor pembalakan serta sub-kontraktor masing-masing sebagai mentee.

Sebagai mentor, RBJ telah melaksanakan latihan dan bimbingan yang sesuai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh JKKP. Sehingga kini, RBJ telah menjadi mentor kepada sebanyak tujuh buah syarikat yang berkaitan dengan perhutanan dan dua syarikat bukan perhutanan sejak tahun 2009. Hasil program mentor-mentee ini sangat menggalakkan di mana kontraktor kini menjadi mentor kepada dua syarikat sub-kontraktor mereka sendiri dengan membangun dan menjalankan program-program KKP.

Inisiatif, dedikasi serta sumbangan RBJ terhadap perlaksanaan KKP di Sabah telah menjadi pemangkin kepada kejayaan RBJ yang memenangi anugerah KKP Kebangsaan selama sepuluh tahun berturut-turut sejak tahun 2006. Anugerah ini disampaikan oleh Majlis Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Selain itu, RBJ juga bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah untuk melaksanakan pengauditan bebas untuk Pengurangan Kesan Pembalakan (RIL) dan Pelan Pembalakan Komprehensif (CHP) selama lima tahun bagi mengoptimumkan ekonomi sesebuah konsesi. Kaedah RIL digunakan untuk mengelakkan persekitaran hutan tidak terjejas semasa kayu komersil ditebang. Pengauditan bebas ini dilaksanakan oleh juruaudit pihak ketiga yang dilantik oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Pada tahun 2010, pengauditan mengenai Timber Legality Assurance System (TLAS) telah ditambah dan dilaksanakan serentak.

Hutan Simpan Ulu Segama dan Malua merupakan Kawasan Pengurusan Hutan Mampan yang terdiri daripada 241,098 hektar tanah hutan yang diurus oleh RBJ dan Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan hutan simpan ini merupakan salah sebuah hutan simpan yang terbesar di bahagian tenggara Sabah dan boleh dikatakan mempunyai himpunan terbesar flora dan fauna, menjadikannya warisan yang tidak ternilai.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan Agro
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA