Perikanan dan Industri Makanan
Inno Resource Development Sdn. Bhd. , merupakan sebuah syarikat milik penuh Innoprise Corporation Sdn.Bhd. (ICSB). Ianya ditubuhkan untuk meneroka potensi pelaburan baru/ peluang dalam industri perniagaan tani yang berkaitan dengan perkongsian pintar, membangunkan pekerja mahir/peladang-peladang kontrak/bakal-bakal usahawan melalui latihan yang menyokong industri dan menggalakkan perkembangan sosioekonomi dalam bidang-bidang industri yang berkaitan dengan industri perniagaan tani.
Inno Resource Development Sdn. Bhd. menjalankan projek berikut:
Taman Udang Pitas
Sunlight Inno Seafood Sdn. Bhd. sebuah syarikat usaha sama antara IRDSB dan Sunlight Seafood (Sabah) Sdn. Bhd. anak syarikat Kumpulan Sunlight (pengeluar dan pemproses udang di Perak, Malaysia) sedang melaksanakan Taman Udang Pitas dengan memberi tumpuan kepada udang Pacific White atau Whiteleg termasuk pusat penetasan, makmal penyelidikan dan pembangunan, kolam untuk udang-udang membiak dan pusat latihan.
Projek ini melibatkan pembangunan usahawan-usahawan tani (perladangan kontrak) melalui latihan dan bantuan teknikal.