Soalan Lazim
Soalan 1
Apakah jenis-jenis tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah?
Jawapan
Terdapat empat jenis tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah seperti berikut:
Biasiswa, Dermasiswa, Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) dan Pinjaman Pengajian Tinggi.
Soalan 2
Bagaimanakah cara untuk memohon tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah?
Jawapan
Sila rujuk iklan Tajaan Biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah di akhbar-akhbar tempatan dan laman web Kumpulan Yayasan Sabah selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan di talian 088-326300 sambungan 6603/6402/6393/1250.
Soalan 3
Berapa kerapkah tawaran tajaan pengajian tinggi Kumpulan Yayasan Sabah dalam setahun?
Jawapan
Tawaran dibuka sekali dalam setahun selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan.
Soalan 4
Di manakah saya boleh memohon nombor PIN untuk pinjaman pengajian/biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah?
Jawapan
Nombor PIN boleh didapati di Bahagian Pembangunan Pendidikan pada waktu pejabat dan semua pejabat zon Kumpulan Yayasan Sabah seperti berikut. Tarikh tutup rasmi permohonan adalah penghujung bulan April setiap tahun. Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengedaran nombor PIN untuk permohonan penajaan Kumpulan Yayasan Sabah dilanjutkan ke 31 Julai 2021.

  • MENARA TUN MUSTAPHA, KOTA KINABALU
    Bahagian Pembangunan Pendidikan
    Aras 4 & 5
    Hubungi no. + (60) 88-326300 samb. 1250 & 1251
    untuk pertanyaan mengenai pinjaman pengajian.

    Aras 7
    Hubungi no. + (60) 88-326300 samb. 1240 & 1205
    untuk pertanyaan mengenai biasiswa atau dermasiswa.
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)
    Aras 6, Pejabat Mini Yayasan
    Hubungi no. : + (60) 88 313155 samb. 150 / + (60) 88 251549
  • ZON PANTAI BARAT UTARA
    Blok E, Tingkat 1, Lot 27 & 28,
    Peti Surat 10, Pusat Komersial Langkon, 89107 Kota Marudu
    Hubungi no. : + (60) 88 662137
  • ZON PANTAI BARAT SELATAN
    Aras 11, Menara Tun Mustapha,
    Peti Surat 11201, 88813 Kota Kinabalu
    Hubungi no. : + (60) 88 326483 / +(60) 88 326485
  • ZON PANTAI TIMUR UTARA
    Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai,
    Beg Berkunci No.1, 90009 Sandakan
    Hubungi no. : + (60) 89 210580
  • ZON PANTAI TIMUR SELATAN
    TB 14943, Tingkat 1, Jalan Abaca,
    Peti Surat 820, 91000 Tawau
    Hubungi no. : + (60) 89 759805
  • ZON PEDALAMAN UTARA
    Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah, KM5, Jalan Apin-Apin,
    Peti Surat No.104, 89007 Keningau
    Hubungi no. : + (60) 87 312106
  • ZON PEDALAMAN SELATAN
    Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya,
    Peti Surat 160, 89807 Beaufort
    Hubungi no. : + (60) 87 221653
Soalan 5
Bilakah tarikh tutup permohonan pinjaman/biasiswa bagi pelajar institusi pengajian tinggi?
Jawapan
Permohonan pinjaman/biasiswa dibuka selepas keputusan SPM/STPM keluar. Walau bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini, tarikh penghantaran dalam talian dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021.
Soalan 6
Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan pinjaman pengajian/biasiswa saya?
Jawapan
Status permohonan pinjaman/biasiswa boleh diperoleh di Bahagian Pembangunan Pendidikan seperti berikut:

  • Aras 4 & 5, Menara Tun Mustapha
    Hubungi No. + (60) 88-326300 samb. 1250 & 1251 untuk pertanyaan mengenai pinjaman pengajian.
  • Aras 7, Menara Tun Mustapha
    Hubungi No. + (60) 088-326300 samb. 1240 & 1205 untuk pertanyaan mengenai biasiswa atau dermasiswa.
Soalan 7
Adakah tajaan pendidikan diberi keutamaan kepada pelajar yang menuntut di Universiti College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)?
Jawapan
Ya, Kumpulan Yayasan Sabah memberi keutamaan kepada pelajar yang menuntut di UCSF dan KTYS bagi menggalakkan anak-anak Sabah belajar di negeri ini, terutamanya dalam bidang yang ditawarkan.
Soalan 8
Bolehkah saya memohon tajaan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara?
Jawapan
Keutamaan diberikan kepada pemohon tajaan pendidikan yang mengikuti pengajian di dalam negara.
Soalan 9
Saya berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah. Adakah bantuan tajaan pendidikan ditawarkan untuk pengajian peringkat ini?
Jawapan
Boleh memohon dan sebarang permohonan akan dipertimbangkan mengikut kriteria/prosedur yang ditetapkan.
Soalan 10
Sekiranya permohonan biasiswa saya gagal, bolehkah saya memohon pinjaman?
Jawapan
Pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan untuk dipertimbangkan mendapat pinjaman.
Soalan 11
Bolehkah saya membuat penyemakan baki pinjaman pendidikan saya dalam talian (online)?
Jawapan
Setakat ini, Kumpulan Yayasan Sabah tidak mempunyai aplikasi yang membolehkan penyemakan dibuat dalam talian.
  • Sebaliknya, anda boleh menghubungi pejabat Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu di talian 088-326602 atau 088-326300 sambungan 1242 dan 1245, 0143288869
    atau
  • emel ke bayaranbalikpinjaman@ysnet.org.my
  • Soalan 12
    Bolehkah saya membuat pembayaran balik pinjaman melalui dalam talian(online)?
    Jawapan
    Pembayaran balik pinjaman dalam talian boleh dilaksanakan melalui Online Transfer (Normal / IBG Transfer) dengan bank-bank yang terpilih. (Contoh: CIMB, RBH, Public Bank dan lain-lain kecuali MAYBANK).
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu di talian 088-326602 atau 088-326300 sambungan 1242 dan 1245, 0143288869
    atau
  • emel ke bayaranbalikpinjaman@ysnet.org.my
  • Soalan 13
    Adakah kemudahan diskaun diberikan sekiranya saya membuat pembayaran penuh pinjaman?
    Jawapan
    Kumpulan Yayasan Sabah akan memberi potongan sebanyak 20% sekiranya pembayaran pinjaman dibuat secara penuh (lump sum).
  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu di talian 088-326602 atau 088-326300 sambungan 1242 dan 1245, 0143288869
    atau
  • emel ke bayaranbalikpinjaman@ysnet.org.my
  • Soalan 14
    Jika saya mempunyai masalah kewangan, bolehkah saya menangguhkan pembayaran pinjaman pengajian saya?
    Jawapan
    Anda disarankan untuk menghubungi pejabat Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu di talian 088-326602 atau 088-326300 sambungan 1242 dan 1245, 0143288869
    atau
  • emel ke bayaranbalikpinjaman@ysnet.org.my
  • Soalan 15
    Apakah perbezaan antara Kolej Teknologi Yayasan Sabah dan Universiti College Sabah Foundation?
    Jawapan
    Kolej Teknologi Yayasan Sabah(www.ktys.edu.my) menawarkan kursus-kursus sijil dan diploma di samping kursus jangka pendek dan dikendalikan oleh KKYS Sdn. Bhd.
    Sementara University College Sabah Foundation(www.ucsf.edu.my) pula menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan ijazah dikendalikan oleh Uni YS Sdn. Bhd. Kedua-dua institusi ini merupakan milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah.
    Soalan 16
    Saya seorang pelajar universiti. Bagaimanakah cara untuk memohon latihan industri dengan Kumpulan Yayasan Sabah?
    Jawapan
    Anda boleh menghubungi Unit Pengukuhan dan Pematuhan di talian + (60) 88 326451 atau e-mel ke ysgsecretariat@gmail.com
    Soalan 17
    Saya sangat berminat untuk berkunjung ke kawasan konservasi Kumpulan Yayasan Sabah; Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Pesisiran Pantai Silam dan Sungai Taliwas. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Sila hubungi:
  • Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar di talian (+6) 088-326320 atau melalui e-mel kepada Puan Dinisiah di dinisiah.cemd@gmail.com atau Puan Rosnita di roserlie2507@gmail.com untuk memperoleh maklumat lebih lanjut

    atau
  • Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar dan berhubung dengan Puan Hafeona atau Puan Nur Atiqah di talian + (60) 88 326317 atau hantarkan e-mel ke camd.reservations@gmail.com

    atau sebagai alternatif,
  • Anda juga boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. di talian + (60) 88 267 637 (Pejabat Kota Kinabalu) atau e-mel ke info@borneonaturetours.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan untuk memperoleh maklumat lebih lanjut. Sila layari laman web http://www.borneonaturetours.com
  • Soalan 18
    Saya berminat untuk berkunjung ke Borneo Rainforest Lodge. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. di talian + (60) 88 267 637 (Pejabat Kota Kinabalu) atau e-mel ke info@borneonaturetours.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.Sila layari laman web http://www.borneonaturetours.com untuk memperoleh maklumat lebih lanjut.
    Soalan 19
    Bagaimana membuat tempahan untuk Pandan-Pandan Island Escapade, Le Cruise De Kota Belud, Kadamaian White Water Rafting, Usukan Cove, Tamau Jetty Boat Cruise, dan pakej pelancongan dan percutian Boat Cruise & Fireflies?
    Jawapan
    Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. di talian + (60) 88 212828 atau + (60) 16 832 1248/1418 atau 830 6023 atau e-mel di inno@sabahholidays.com. Sebagai alternatif, sila layari laman web http://www.sabahholidays.com untuk pertanyaan dan tempahan.
    Soalan 20
    Bolehkah orang awam selain penyelidik, menginap di Pusat Luar Lembah Danum?
    Jawapan
    Ya, walaupun Pusat Luar Lembah Danum dikhususkan untuk para penyelidik dan peserta program pendidikan alam sekitar/kursus lapangan, pengunjung/pelancong persendirian juga boleh menginap di pusat ini.
    Soalan 21
    Saya berminat untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Pencinta Alam Sabah (Sabah Nature Club, SNC), bagaimanakah cara untuk mendaftar menjadi ahli?
    Jawapan
    Pada masa ini, keahlian Kelab Pencinta Alam Sabah dibuka untuk pelajar dan guru di sekolah rendah hingga sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh Sabah sahaja. Untuk menjadi ahli, sekolah atau institusi diminta untuk menghantar borang permohonan yang lengkap kepada Urus setia Kelab Pencinta Alam Sabah untuk pendaftaran. Orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Kelab Pencinta Alam Sabah, boleh menghubungi Urus setia Kelab Pencinta Alam Sabah dan daftarkan diri sebagai sukarelawan atau Rakan Kelab Pencinta Alam Sabah. Anda boleh menghubungi Kelab Pencinta Alam Sabah, Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah di talian + (60) 88 326318 pada waktu pejabat untuk sebarang pertanyaan.
    Soalan 22
    Kami merupakan sebuah badan NGO dan ingin bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah untuk program sosial kami. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Anda boleh mengemukakan pertanyaan atau cadangan melalui borang maklum balas dalam laman web rasmi Kumpulan Yayasan Sabah di www.yayasansabahgroup.org.my di bawah bar menu 'Hubungi Kami'. Staf kami akan memajukan pertanyaan anda ke bahagian yang berkenaan dan seterusnya akan menghubungi anda dengan seberapa segera.
    Soalan 23
    Saya berminat dengan produk batik dan kraf tangan Sabah. Dimanakah saya boleh membeli produk batik dan kraf tangan tersebut?
    Jawapan
    Anda boleh membeli kedua-dua produk tersebut di Galleria Artisan yang terletak di Menara Tun Mustapha dan Galleria Artisan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu. Anda juga boleh menghubungi Galleria Artisan di talian + (60) 88 326300 sambungan 6700 atau PKS, Keningau di talian + (60) 87 332 186 dan PPNS di talian + (60) 88 203 695/203 685 untuk keterangan lanjut.
    Soalan 24
    Saya berminat untuk menempah kemudahan sukan contohnya, gelanggang futsal dan badminton di Kompleks Sukan Tun Adnan. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Anda boleh menghubungi Innoprise Capital Sdn. Bhd. bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah di talian + (60) 88 326425 / + (60) 88 326343 (waktu pejabat) atau + (60) 11 10886425 / + (60) 11 10706343 untuk tempahan atau hantarkan e-mel ke icapsdnbhd@gmail.com.
    Soalan 25
    Saya berminat untuk menempah Auditorium Tun Ahmad Raffae, Teater Tun Hamdan dan kemudahan lain di Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Anda boleh menghubungi Unit Hartanah di talian + (60) 88 326445 (pejabat), + (60) 19 8088824 dan berhubung dengan Puan Jaidah atau melalui e-mel ke sarina1675@gmail.com. Sebagai alternatif, sila hubungi talian + (60) 88 326300 sambungan 1646 (pejabat), + (60) 12 821 0711 dan berhubung dengan Puan Dayang Nor Zuhana atau e-mel ke dgnorzuhana@gmail.com.
    Soalan 26
    Saya berminat untuk memohon pekerjaan di Kumpulan Yayasan Sabah. Siapakah yang harus saya hubungi?
    Jawapan
    Sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di talian + (60) 88 326354/3 atau 326631.
    Media
    • Siaran Akhbar
    • Berita Semasa
    • Kalendar Aktiviti
    • Galeri Foto
    • Galeri Video
    • Penerbitan
    • Laporan Tahunan
    • Iklan Korporat
    • Soalan Lazim
    Hubungi Kami

    +(60) 88 326300
    +(60) 88 326424
    ysinfo@ysnet.org.my
    Menara Tun Mustapha
    Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
    Teluk Likas
    Peti Surat 11623
    88817 Kota Kinabalu
    Sabah, MALAYSIA