Bioteknologi dan Hortikultur

YSG Bioscape Sdn Bhd, yang dikonsolidasikan pada tahun 2017 daripada dua anak syarikat, YSG Biotech Sdn Bhd dan YSG Landscape Services Sdn Bhd, terlibat dalam aktiviti berkaitan tumbuhan daripada pengkulturan tisu ke reka bentuk landskap dan penyelenggaraan.

Bersama-sama dengan CIRAD (sebuah organisasi R & D Perancis), lebih daripada dua dekad penyelidikan mengenai penggunaan klon kayu jati untuk tujuan perladangan perhutanan telah dijalankan sekali gus menjadikan reputasi syarikat ini sebagai pembekal bahan penanaman berkualiti di peringkat global. Makmalnya pada masa ini mempunyai potensi pengeluaran maksima 1.5 hingga 2 juta tumbuhan setiap tahun dan syarikat ini memiliki salah satu plasma germa tisu kayu jati terbesar dan terkaya di dunia.

Pengiktirafan pencapaian syarikat yang menguntungkan terhadap perhutanan klon spesies kayu bernilai tinggi ini dibuktikan dengan pengiktirafan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta pelabur atau pembeli yang berminat dengan pembangunan perladangan kayu jati dari negara-negara di Afrika, Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik.

Untuk mengekalkan operasinya tanpa terlalu bergantung kepada satu aktiviti perniagaan, YSG Bioscape telah memulakan pengkulturan tisu beberapa jenis orkid serta tanaman kontan yang mempunyai kepentingan dari segi ekonomi seperti pisang dan nanas atau berdasarkan permintaan pasaran. Syarikat ini juga menjalankan pengkulturan tisu spesies untuk pihak ketiga sebagai salah satu aktiviti perniagaannya.

Dalam aktiviti landskap, syarikat ini terlibat dalam pembekalan tumbuhan hiasan yang berkualiti untuk dijual dan disewa, penyediaan perkhidmatan landskap untuk rumah persendirian dan tapak komersial, dan hiasan tempat untuk acara rasmi.

Nurseri pameran landskap baru yang terletak di sekitar pejabat dan makmal direka untuk menjadi premis bagi penjualan tumbuhan serta bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana santai taman yang berkeluasan setengah hektar ini.

Ia juga menyediakan bahan-bahan tanaman berkualiti tinggi untuk penyewaan bagi acara sosial dan rekreasi dan dibuka kepada orang ramai pada waktu pejabat.

Penambahan terbaru kepada aktiviti perniagaan syarikat ini ialah Pusat Aquascape, yang sebelum ini dikenali sebagai Green Connection terletak bersebelahan dengan kawasan pameran nurseri, pusat ini merupakan taman akuarium dan taman edu-botani yang mempamerkan pelbagai ikan air tawar tropika yang dikelilingi oleh taman-taman bertema.







PUSAT AQUASCAPE

Pada 1 Oktober 2019, Pusat Aquascape telah dibuka kepada pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Aquascape turut juga menerima lawatan berkumpulan daripada pelbagai organisasi seperti sekolah, kumpulan persendirian dan syarikat. Lawatan juga disertakan dengan aktiviti pendidikan seperti mewarna, pengenalpastian tumbuhan dan menanam pokok sekiranya terdapat permintaan.

Tarikan utama Pusat Aquascape ialah Ikan Arapaima yang merupakan salah satu spesies ikan air tawar tropika terbesar di dunia dan sangat jarang dijumpai dan juga spesies ikan air tawar yang lain seperti Pacu Hitam, ikan Keli, Kaloi dan Pelian.

Pusat Aquascape menawarkan landskap yang cantik, menarik dan unik untuk tatapan pengunjung. Selain itu, terdapat haiwan-haiwan jinak yang comel seperti kura-kura sungai dan arnab yang mencuit hati pengunjung terutama sekali golongan kanak-kanak.

Pusat Aquascape juga menggalakkan penyewaan ruang untuk sebarang acara dan majlis seperti sambutan hari lahir dan majlis perkahwinan di samping menawarkan pakej lawatan kepada para pengunjung yang merangkumi lawatan, makan tengahari dan aktiviti memberi makan ikan.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Agropeladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA